Hiburan By: Syafiqa Irdina December 26, 2019 @ 2:14pm

Tinggalkan FT ISLAND, Kini Song Seung Hyun Fokus Bidang Lakonan Pula

Baru-baru ini, salah seorang anggota kumpulan band Korea Selatan, Song Seung Hyun yang merupakan gitaris band FT ISLAND dikatakan telah menamatkan kontrak eksklusifnya selepas 10 tahun bergiat aktif dalam industri seni.

Menerusi laporan agensinya FNC Entertainment, keputusan itu dibuat oleh Seung Hyun kerana dia ingin meneruskan kerjayanya dalam bidang lakonan pula! 

 

Seung Hyun (kiri atas) bersama FT ISLAND

“Keputusan ini diambil setelah mencapai kata sepakat antara agensi dan setiap ahli FT ISLAND. Agensi kami menghormati keputusan yang dibuat oleh Song Seung Hyun. Kami berharap agar anda semua teruskan menyokongnya yang telah bersama kami selama 11 tahun,” kata wakil agensi FNC Entertainment.

Tambah agensi itu lagi, FNC Entertainment akan berbincang bersama ahli kumpulan yang lain mengenai hala tuju kumpulan tersebut setelah mereka menamatkan khidmat tentera nanti. 

Terdahulu, ketua kumpulan itu, Choi Jong Hoon mengumumkan persaraan sebagai bintang K-pop selepas terpalit dengan isu penyebaran video lucah. 

Anyway, selamat maju jaya Xtra ucapkan buat Song Seung Hyun!

Sumber foto: www.soompi.com.my

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Sun, 29 Dec 2019

Meriahnya Persandingan Ala Bollywood Farah Nabilah Dan Amirul!

Wah! Cantiknya Farah macam Deepika Padukone!

Hiburan Tue, 19 Dec 2017

好友公开钟铉遗书!我彻底被忧郁吞噬了

已故韩团SHINee成员钟铉遗体移送到首尔松坡区医院灵堂,好友Dear Clund成员Nine前往悼念后,透过IG替他传达了遗书,「钟铉曾说如果他从这世界上消失了,请我一定要亲自上传这段​​文字,和家人商量后决定遵照遗言上传这段遗书。」

Featured Fri, 29 Apr 2022
Hiburan Mon, 24 Sep 2018

#ABPBH31 : Tak Rasa Diri Popular Di Malaysia, Shiha Zikir Terkejut Terima Pencalonan

Berapa hari jugalah, saya cakap ‘ Mak, tak sangka betul’. Walau bagaimanapun, saya sedar diri Shiha di pasaran Malaysia tidak sehebat penerimaan di Indonesia.