Trending By: SGMS Faida May 5, 2018 @ 1:52am

Bergaduh ‘Rebut’ Isteri Orang, Lelaki Maut Ditetak!

Ish, apa nak jadi zaman sekarang. Punya ramai bunga di taman, isteri orang juga kau idamkan! Sudahlah diambil hak orang, dibunuh pula si suami tu…

Kes curang kali ini menyebabkan lelaki yang juga pekerja ladang maut disyaki ditetak oleh teman lelaki isterinya berlaku, semalam!

Kejadian berlaku di sebuah rumah di Blok 03, Kampung Murai, Ladang Kretam di Tawau pada jam 11 pagi. Mangsa, Amir Mappiase, 35, disahkan mati di lokasi kejadian akibat kecederaan parah pada leher.

Ketua Polis Daerah, Asisten Komisioner Fadil Marsus berkata pihaknya menerima panggilan daripada seorang pengurus ladang pada jam 1.15 tengahari yang memaklumkan menemui mayat lelaki itu dalam keadaan terbaring dan berlumuran darah.

Katanya, siasatan awal mendapati mangsa yang baru pulang ke rumah mendapati suspek dan isterinya berdua-duaan di situ sebelum berlaku pergaduhan.

“Suspek yang berumur 21 tahun dikatakan menetak leher mangsa menggunakan parang dan kemudian melarikan diri melalui pintu belakang menuju ke kawasan ladang sawit,” katanya dalam satu kenyataan di sini, hari ini.

Fadil berkata, hasil maklumat dan bantuan penduduk kampung sepasukan anggota dari Balai Polis Kalabakan berjaya menahan suspek yang bersembunyi di kawasan ladang, kira-kira dua kilometer dari tempat kejadian.

Beliau berkata, polis turut menemui tiga bilah parang panjang masing-masing berukuran 44, 53 dan 70 sentimeter dipercayai digunakan suspek ketika menetak mangsa.

Katanya, mangsa yang berasal dari Indonesia sudah bekerja di ladang terbabit selama sembilan tahun manakala suspek sejak setahun lalu.

“Susulan kejadian itu, polis sedang mengesan isteri mangsa dikenali sebagai Ani Beddu, 42, yang juga warga Indonesia untuk membantu siasatan,” katanya.

Wanita terbabit dipercayai melarikan diri sejurus kejadian itu.

Fadil berkata, polis percaya motif kejadian adalah berpunca daripada hubungan sulit suspek dengan isteri mangsa dan kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Trending Mon, 15 Jan 2024

Bakar Al-Quran Di Dalam Tong Sampah Gagal, Cubaan Pemimpin Anti-Islam Belanda Tidak Berjaya

Puak anti-Islam ni tak pernah puas dengan provokasi menghina Al-Quran! Semoga mendapat balasan yang setimpal kelak.

Featured Tue, 21 Mar 2023
Featured Sun, 2 Oct 2022
Trending Mon, 27 Jun 2022
Featured Fri, 13 May 2022
Trending Tue, 14 Dec 2021

Zain Saidin & Aaisyah Dhia Rana Positif Covid-19, Che Ta Tunda Sambut Anniversary Kahwin Ke-8 Di Langkawi

Pelakon cantik, Rozita Che Wan memaklumkan perancangannya untuk menyambut ulang tahun perkahwinan ke-8 di Pulau Langkawi, Kedah terpaksa ditunda kerana suaminya, pelakon Zain Saidin dan anak mereka, Aaisyah Dhia Rana positif Covid-19 bulan lalu. Menurut […]

Featured Fri, 25 Aug 2023

Marsha Pilih Kunci Mulut, Enggan Ulas Isu Kontroversi Babitkan Nad Zainal – “Saya Gembira Dia Dah Bahagia’

Doa jelah baik-baik eh, pening min tengok sindir-sindir ni. Ops!🫰🫰🫰

Trending Wed, 17 Aug 2022

‘Boleh Tegur Tapi…’ – Ani Maiyuni Pertahan Kerjaya Sebagai Artis Dangdut

Penyanyi Dangdut, Ani Maiyuni memberi pandangan tentang sikap pengguna laman sosial yang selalu memandang rendah dan menghina kerjaya penyanyi dangdut. Bagi Ani, dia beranggapan golongan selebriti sentiasa terbuka menerima teguran, namun jangan keterlaluan dalam memberi […]