Trending By: SGMS Faida October 17, 2019 @ 2:28pm

‘Wanita Bukan Saingan Tapi Pelengkap’- Haniza Talha

Ketua Wanita Parti Keadilan Rakyat (PKR) Haniza Mohd Talha, mahu 30 peratus daripada barisan Majlis Pimpinan Negeri (MPN) diisi golongan wanita bagi membolehkan mereka terlibat secara langsung dalam peringkat membuat keputusan.

Dalam sebuah memorandum yang dikeluarkan semalam, beliau menyeru Agar diwujudkan dan diperkenalkan Sistem Pilihanraya Mesra Wanita untuk meningkatkan Perwakilan Wanita di Semua Peringkat Pembuatan Keputusan.

“Pihak Wanita PKR menyeru agar Kerajaan Malaysia memperkenal Sistem Piliharaya Mesra Wanita sebagai suatu cara yang berkesan untuk meningkatkan perwakilan wanita.

“Penglibatan wanita tidak boleh dilihat sebagai saingan sebaliknya mereka lengkap melengkapi antara golongan lelaki.

“Kuota minima 30% untuk perwakilan wanita dalam perundangan telah pun menjadi penanda aras antarabangsa sejak Platform Tindakan Beijing (Beijing Platform for Action, BPFA) pada tahun 1995. Kesemua negara anggota Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu diminta supaya mengkaji semula kesan sistem pilihanraya mereka terhadap perwakilan wanita.

“Sebagai penandatangan Konvensyen Penghapusan Kesemua Bentuk Diskriminasi Terhadap Wanita (Convention on the Elimination of all forms of Discrimination Against Women – CEDAW), Kerajaan Malaysia bertanggungjawab untuk memastikan bahawa wanita dapat berdiri di atas tahap yang sesama lelaki dalam kelayakan untuk pemilihan umum sebagai wakil dalam perbadanan awam dan politik negara,” tulisnya.

Tambahnya, statistik terkini menyatakan bahawa hanya 14% daripada ahli Dewan Rakyat merupakan wanita, 20% daripada Ahli Dewan Negara adalah wanita manakala peratusan wakil Dewan Undangan Negeri (DUN) adalah sebanyak 12.5%.

“Salah satu faktor penting yang menyebabkan kemunduran Malaysia, meskipun mengikut piawaian Asia Tenggara, adalah sistem pilihan raya Sistem Wakil Tunggal dengan Undi Terbanyak (First-Past-The-Post) (“sistem wakil tunggal”). Oleh kerana setiap kawasan pilihan raya hanya boleh mencalonkan seorang calon, usaha untuk menamakan lebih banyak calon wanita sudah tentunya menghadapi rintangan daripada ramai ADUN lelaki atau pemimpin lelaki yang berhasrat menjadi calon. Rintangan sedemikian kemudiannya sering melahirkan atau menggalakkan pelbagai halangan yang menawarkan hati wanita untuk menyertai politik,” ujarnya.

Mengulas lanjut, Haniza berkata mencadangkan untuk menamakan lebih banyak calon wanita dengan berkesannya yang memerlukan sistem pilihan raya yang melantik lebih daripada seorang wakil untuk sebuah kawasan.

Jelasnya lagi, untuk memecahkan siling kaca bagi wanita dalam bidang politik, kita mesti mengubah sistem pilihan raya Malaysia.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Trending Fri, 11 Oct 2019

Pesawat Typhoon Dan Hawk 108 Gegar Langit Kuala Lumpur

Jangan cemas sekiranya melihat pesawat-pesawat pejuang terbang rendah di ruangan udara menara tersebut.

Trending Thu, 24 Oct 2019

Mat Salleh Layan Dikir Barat, ‘Kecek Kelate’

Pasti ramai yang berasa bangga dan teruja bila dapat tahu ‘mat salleh’ pun pandai berdikir barat. Bukan senang nak jumpa orang asing yang boleh bercakap bahasa Malaysia di luar negara, apatah lagi bertutur dalam dialek […]

Trending Sun, 26 Jun 2022

“Tuduhan Bersifat Fitnah!” – Idris Khan Tampil Beri Kenyataan Isu Tarik Diri, Beri Amaran Keras Pada Netizen

Idris Khan beri kenyataan dakwaan bersifat fitnah, tindakan undang-undang akan diteruskan.

Featured Fri, 2 Sep 2022

Busana Disamakan Seperti ‘Kertas Minyak’, Netizen Puji Izara Aishah Sebab…

Punya cantik outfit Izara netizen senang-senang samakan dengan kertas minyak lah leather seat lah 🤣😅

Hiburan Tue, 11 Jul 2023
Hiburan Mon, 15 Jan 2024