Hiburan By: SGMS Faida November 5, 2018 @ 4:54pm

Bekas Isteri Ahmad Dhani Bernikah Dengan Ahli Perniagaan Terkenal Indonesia

Selepas lama berteka-teki dengan hubungan percintaan bersama ahli perniagaan terkenal Irwan Mussry, selebriti terkenal Maia Estianty mengumumkan sudah berkahwin untuk kali kedua pada 29 Oktober 2018.

Bekas isteri anggota kumpulan Dewa, Ahmad Dhani ini mengesahkan majlis pernikahannya telah diadakan di Masjid Camii, Tokyo, Jepun, baru-baru ini.

Jom baca beberapa hal menarik tentang perkahwinan Maia – Irwan;

  • Pasangan ini berbeza usia 13 tahun namun ia tidak menjadi masalah bagi pasangan ini mencari keserasiaan. Maia Estianty lahir pada 27 Januari 1976 (42 tahun) dan Irwan Mussry lahir pada 15 November 1962 (55 tahun).
  • Maia- Irwan bernikah di salah sebuah masjid terbesar di bandar Tokyo. Masjid Camii memiliki reka-bentuk dalaman yang sangat indah.
  • Perkahwinan Maia turut dihadiri tiga anak lelakinya hasil perkahwinan terdahulu iaitu Al, El dan Dul.
  • Ketiga-tiga anak Maia juga dilihat mengalirkan tangisan kegembiraan kerana akhirnya ibu kesayangan bertemu kebahagiaan semula.
  • Bukan itu saja, ayahanda kesayangan Maia, Harjono Sigit turut kelihatan sebak di majlis pernikahan tempoh hari.

Selamat Pengantin Baru, Bunda Maia! Apa agaknya khabar terbaru Ahmad Dhani pula ya?

 

 

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Tue, 5 Apr 2022
Hiburan Fri, 1 Mar 2024
Featured Tue, 13 Sep 2022
Featured Wed, 2 Nov 2022
Events Mon, 17 Dec 2018

Sambut 300 Kanak-Kanak Bertemakan Harry Potter Krismas Ini

Merry Krismas Adik-adik! Seronoknya mereka ni kan?

Featured Fri, 1 Sep 2023