Featured By: Fatin Nurain October 19, 2022 @ 1:01pm

Teruja Anak Warisi Bakat Ceburi Bidang Muzik, Marcell Sedia Turunkan Ilmu

Penyanyi Marcell Siahaan meluahkan rasa teruja apabila apabila anak sulungnya Keenan Avalokita Kirana mewarisi bakatnya dalam bidang muzik.

Menurut Marcell, dia sudah bersedia untuk menurunkan ilmu yang dimiliki demi membentuk anaknya menjadi seorang pemuzik yang berkualiti.

“Saya kata kepadanya, selagi masih ada fizikal, mental dan rohani yang kuat untuk bermain muzik, gali serta kuasainya. Bila sudah menguasainya, baru tenang menjalani niat yang lain.

“Selama lebih 20 tahun berkarya, misalnya daripada 10 aspek, cuma empat yang berguna. Selebihnya, suka bertangguh, pandang remeh, sombong, tegakkan diri dari kemalasan.

“Yang empat itu cuma ketahanan diri dan rasa bersyukur,” katanya.

Pendedahan itu telah dikongsinya ketika ditemui di sidang media pengumuman konsertnya Marcell Dua Dekade Live In Kuala Lumpur, Isnin lalu.

Dalam pada itu, Marcell juga meluahkan hasratnya untuk menjadi contoh yang baik buat anak-anaknya agar mereka tidak malu mempunyai bapa sepertinya.

Pelantun lagu Takkan Terganti itu juga berkata, dia ingin terus mengajar anak-anaknya berhubung perjalanan hidup serta cara menanganinya menerusi sebuah komunikasi yang berkesan.

“Banyak perkara selama saya hidup, saya tak banggakan. Saya harap anak-anak lelaki saya jadi seseorang yang mempunyai prinsip dan maruah.

“Saya cuma ingin bila saya sudah meninggal, dan anak-anak saya ditanya siapa bapanya, mereka tidak malu menjawab nama saya.

“Saya tidak mahu mereka tukar topik apabila ditanyakan tentang saya. Wah kalau begitu, saya boleh bangkit semula dari kubur,” katanya.

Terdahulu, Marcell telah mengumumkan bakal mengadakan konsert anjuran The Jay Events & Media itu yang akan berlangsung di Zepp Kuala Lumpur, jam 8.30 malam, pada 9 Disember.

ARTIKEL BERKAITAN: 2 Dekad Dalam Industri, Marcell Bakal Adakan Konsert Di Malaysia Disember Ini!

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Trending Mon, 26 Aug 2019

Kerana Percaya Pada ‘Polis Palsu’ , Rugi RM67,000

Kerana percaya pada ‘polis palsu’ , rugi RM67,000

Trending Thu, 21 Dec 2017

Dik, Kancil Pam 4, Isi Minyak Kuning 9 Ringgit 80 Sen

“Dik, Kancil Pam 4, Isi Minyak Kuning 9 Ringgit 80 Sen” – Kisah Rezeki Tidak Disangka Ini Sentuh Hati Netizen

Trending Sat, 22 Aug 2020
Hiburan Mon, 29 Jan 2018

大马环球音乐歌手与歌神张学友「相认」

阔別6年,万众瞩目的「歌神」张学友《A CLASSIC TOUR 学友•经典世界巡回演唱会》终于来到了吉隆坡站。与歌神同门的大马环球音乐旗下艺人歌手Eunice何沛璇、Alvin钟槿桦以及林文荪也纷纷籍此难得的机会到场师兄“相认”。

Trending Fri, 21 Dec 2018

Miliki Nama ‘Trump’, Kanak-Kanak Ini Minta Tukar Nama

Hanya Kerana Miliki Nama ‘Trump’, Kanak-Kanak Ini Minta Tukar Nama

Featured Fri, 20 Jan 2023