Oh Lawa By: Ad Ops April 1, 2019 @ 10:00am

Belajar cara memakai gincu merah yang betul agar bibir tidak comot

Tiada masa untuk bersolek? Pakai sahaja gincu merah!

Ia bukan sahaja akan menyerlahkan rupa paras anda malah ia juga menyuntik elemen seksi dan berani kepada gaya keseluruhan si pemakai. 

Sesetengah wanita menjadikan rupa bibir merah menyala sebahagian daripada signature look mereka.  

Tetapi tidak kiralah jika anda ingin meninggalkan impak atau sengaja bereksperimen, yang penting, anda tahu mengaplikasikan gincu merah dengan betul.

Jom ketahui teknik memakai gincu merah yang digunakan oleh jurusolek: tidak comot, cuma ada warna yang menyerlah. 

1. Gariskan bibir

Dengan menggunakan berus pembayang mata, sapukan sedikit produk concealer di atas bibir (ini akan membuatkan warna gincu anda tampak lebih cerah). 

Kemudian gariskan bibir anda dengan pensel bibir. Pastikan garisan anda pendek dan jangan tekan pensel itu dengan terlalu kuat. Dengan cara ini, anda mampu mengawal lukisan anda. 

 

2. Dengan menggunakan pensel yang sama, warnakan bibir

Sebelum sapukan gincu, warnakan sedikit bibir anda dari luar ke dalam dengan pensel yang sama. Gunakan berus kecil untuk mengaburi garisan yang ketara.

Warna dasar ini akan mengelakkan gincu anda daripada comot serta membuatkan gincu tahan lebih lama.

3. Sapukan gincu

Pilih warna yang anda suka dan warnakan keseluruhan bibir anda. Ingat! Cara yang betul ialah dengan menekan dan menyapu dengan kuat untuk mendapatkan hasil yang cantik. 

Sudah siap! Rupa pemakaian gincu anda sekarang sepatutnya tampak penuh, terang dan sama rata. 

Sumber: Elle

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Oh Lawa Mon, 27 Aug 2018

Cara Betul Kalau Nak Guna Produk Kecantikan Yang Berbeza Jenama

Kalau tersalah campur produk boleh rosak kulit!

Featured Wed, 18 Sep 2019

Al-Ikhsan lancar tudung sukan mudah kering

Guna fabrik berasaskan Smartdry Technology

Oh Lawa Mon, 2 Apr 2018

10 Selebriti Hollywood Dengan Sepasang Mata Cantik! No 5 Paling Unik.

Sepasang mata yang mempesona memang bisa membuatkan sesiapapun jatuh cinta kerana itu wujud istilah ‘dari mata jatuh ke hati’.

Di dunia selebriti Hollywood, ada 10 selebriti dilahirkan dengan sepasang mata indah. Siapakah mereka, lihat 10 senarai di bawah ini.

Oh Lawa Mon, 17 Dec 2018

Rating Victoria’s Secret Fashion Show Jatuh Merudum!

Hanya mencatatkan jumlah tontonan 3.3 juta berbanding 5 juta tahun lalu.

Oh Lawa Mon, 12 Feb 2018

19 Rupa Tanpa Makeup Selebriti Wanita Terkenal Hollywood

Kita mungkin dah biasa sangat tengok artis-artis wanita Hollywood yang cantik, gorgeous dan hot gara-gara makeup.

Oh Lawa Thu, 19 Jul 2018

Tip-Tip Memilih Pakaian Yang Sesuai Untuk Janji Temu Pertama Anda Dengan Teman Istimewa

Kena pilih betul-betul! Kalau tak sesuai, turn off pula teman anda nanti.

Oh Lawa Mon, 4 Feb 2019
Oh Lawa Wed, 3 Apr 2019

Jurusolek (MUA) kini dirai dalam anugerah berprestij!

Siapakah yang bakal dinobat juara? nantikan malam kemuncak MMAA 2019 diadakan pada 28 Ogos 2019 ini.

Featured Fri, 24 Apr 2020

Hukum memakai gincu ketika berpuasa yang sering dipandang remeh

Bersolek boleh tetapi biar berpada-pada

Oh Lawa Wed, 18 Apr 2018

Fikir Dulu Sebelum Beli Alat Makeup Tiruan, Memanglah Murah Tapi Jijik!

Memanglah harga barangan tiruan murah, tapi pernah tak anda terfikir kenapa?