Oh Lawa By: tex_admin October 8, 2019 @ 5:52pm

Bibir anda gelap? Ketahui puncanya

Oleh Ainur Nadhirah Bahrom Shah

Setiap wanita tentunya ingin memiliki bibir yang kelihatan merah dan cerah. Jika bibir kelihatan berwarna merah dan cerah, pastinya ia menambah  seri pada wajah. Malangnya ada antara kita yang menghadapi masalah bibir gelap, kering dan kusam. 

Masalah bibir gelap ini lazimya menjadikan wanita berasa tidak berkeyakinan untuk menjalani aktiviti seharian. Mungkin juga ada yang berfikiran bahawa merokok adalah punca utama bibir menjadi gelap, namun terdapat punca lain yang mempengaruhi bibir menjadi gelap iaitu: 

Sering menjilat bibir

Foto: faktualnews.co

Individu yang gemar menjilat atau membasahkan bibir akan menyebabkab bibir menjadi gelap. Apabila anda menjilat bibir, tabiat berkenaan akan melembapkan bibir akan tetapi lama-kelamaan ia menyebabkan bibir menjadi semakin kering dan gelap disebabkan oleh sel-sel mati yang meransang munculnya bintik-bintik gelap pada bibir. 

Jadi sekiranya tidak mahu bibir menjadi gelap dan ingin mengelakkan bibir anda kering, sapukan salap bibir atau gindu yang mempunyai rona seakan kulit supaya ia tidak ketara sekali gus melindungi bibir anda daripada kering.

Cahaya matahari 

Pendedahan terhadap cahaya matahari juga boleh menjadi punca bibir menjadi gelap. Sinaran dari sinar ultraungu yang berlebihan dapat menyebabkan hiperpigmentasi di mana bibir menjadi gelap akibat melanin yang berlebihan. 

Untuk mencegah daripada berlaku terhadap bibir anda, gunakan salap bibir yang mengandungi spf  untuk melindungi bibir anda. Kini banyak terdapat stor atau kedai yang menjual produk penjagaan kulit dan anda boleh mendapatkan di kedai-kedai berkenaan. Bagaimanapun, bacalah label terlebih dahulu sebelum anda membelinya.

Bahan kimia dalam gincu 

Foto: merdeka.com

Kulit bibir yang sensitif akan memudahkan lagi bibir menjadi gelap apabila terkena bahan kimia yang terdapat di dalam gincu. Gincu berjenama mahal tidak semestinya sesuai dengan kulit anda. Berhati-hati apabila membeli atau memilih gincu untuk dipakai.

Ini kerana di dalam produk seperti gincu dan liptint mempunyai pigmen berwarna di dalamnya. Ia akan meninggalkan kesan pada kulit bibir kerana kulit pada bibir lebih nipis berbanding kulit pada wajah. Oleh itu, bersihkan bibir dengan sempurna sebelum anda masuk tidur. 

Kafein 

Foto: liputan6.com

Bibir juga akan menjadi gelap jika anda sering minum kopi. Ini kerana kandungan kafein di dalam kopi yang bersifat diuretik sekali gus  membuatkan penggemar kopi kerap membuang air kecil yang boleh menyebabkan dehidrasi. Situasi ini mampu menjadikan bibir anda kelihatan kering dan pecah-pecah seterusnya berubah menjadi gelap. 

Sehubunvan itu, jika anda mahu elakkan bibir menjadi gelap dan kusam, elakkan daripada melakukan tindakan yang menyumbang kepada bibir hilang seri. 

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Oh Lawa Tue, 26 Feb 2019

Evolusi gaya rambut dan solekan Lady Gaga dari dulu hingga sekarang

Beliau bukan saja berani, tetapi bijak mencuba gaya yang luar biasa.

Oh Lawa Thu, 30 May 2019
Featured Thu, 19 Mar 2020
Featured Mon, 4 Mar 2019
Oh Lawa Mon, 24 Dec 2018
Sihat Wed, 11 Sep 2019

Cara penjagaan apabila memakai pendakap gigi

Kenalah tahu cara menjaga pendakap gigi apabila memakainya!

Oh Lawa Mon, 15 Jan 2018

Kanta Lekap Berwarna atau Natural?

Pemakaian kanta lekap kini menjadi trend dan merupakan antara item fesyen yang menjadi pilihan utama wanita dalam dunia kecantikan.

Oh Lawa Mon, 2 Apr 2018

Ini Cara Mudah Untuk Mencuci Beauty Blender. Bukan Saja Bersih Tapi Nampak Macam Baru!

Dulu, cara untuk memakai foundation adalah samada dengan menggunakan jari ataupun berus. Sekarang dah ada “beauty blender”, sejenis span yang memudahkan aplikasi foundation agar ia rata di atas kulit.

Featured Thu, 5 Mar 2020

Peragawati ini kekal langsing walaupun sudah beranak tiga

Kurus cara Fadzlun Abas, mudah sahaja