Oh Lawa By: tex_admin May 30, 2019 @ 1:18pm

Kekurangan kolagen dan tidak memakai pelembap punca wajah anda tampak cepat tua!

Oleh Syarifah Fatin Anisa

Rutin penjagaan wajah jika diamalkan secara berkala dapat membantu setiap wanita untuk memperoleh kulit yang anjal dan berseri-seri.

Ada tiga langkah mudah yang perlu diikuti iaitu 3P membabitkan mencuci, memakai penyegar dan melembap. Jika anda rajin mengamalkan rutin ini, kulit yang kusam dan tidak bermaya akan tampak lebih segar berseri. 

Pilih pelembap yang bersesuaian dengan kulit anda kerana pemakaian pelembap dapat membantu mengekalkan keremajaan kulit dengan mengurangkan kemunculan garis halus dan kedutan yang akan menampakkan wajah lebih tua.

Antara punca kedut atau garis halus timbul pada wajah ialah kolagen yang semakin berkurangan dengan peningkatan usia dan ada kalanya kulit anda kelihatan tua daripada usia sebenar.

Foto: Dermstore

Ketika ini terdapat alat khas yang digunakan untuk mengetahui usia sebenar kulit wajah anda.

Pengalaman penulis ketika menjalani ujian kulit wajah di Wisma Wipro Unza di Subang Jaya ketika sesi lawatan media, baru-baru ini agak mengejutkan!

Wajah penulis yang dirasakan tidak mempunyai sebarang masalah didapati lebih tua dari usia sebenar!

Hal ini terjadi disebabkan oleh kekurangan kolagen pada wajah yang sepatutnya bertindak meremajakan kulit.

Jika anda masih tercari-cari produk yang bersesuaian dengan kulit wajah, apa kata anda cuba rangkaian produk Safi. Produk keluaran Wipro Unza  diperakui sebagai produk rangkaian penjagaan wajah dan diri nombor satu di Malaysia!

Berikut adalah empat sebab anda perlu pilih produk rawatan wajah daripada Safi.

Halal dan selamat

Kesemua produk Safi adalah halal dan diperakui oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM), manakala produk Safi di Indonesia pula telah mendapat kelulusan oleh Majlis Ulama Indonesia.

Selain itu, kilang Safi di Malaysia juga berada dalam persekitaran yang bersih.

FOTO: NSTP

Tiada ujian ke atas haiwan

Ujian ke atas haiwan di makmal untuk memastikan keberkesanan dan keselamatan produk adalah kejam dan tidak wajar dilakukan.

Oleh itu, Safi mengambil langkah proaktif dengan melakukan ujian analisis profil asid deoksiribonukleik (DNA) bagi menilai keberkesanan produknya.

Prosedur ini melibatkan proses mengambil DNA manusia dan menganalisis tindak balas produk ke atas tisu kulit.

Menggunakan teknologi nano

Dengan teknologi ini, masalah kulit seperti hiperpigmentasi dan sebagainya dapat diselesaikan kerana produk mampu meresap dengan lebih baik.

Selain itu, Safi juga mempunyai himpunan pakar dermatologi yang komited dalam memastikan produk yang dikeluarkan adalah dikaji menggunakan kaedah saintifik yang berkesan. 

Foto: Safi

Teknologi hijau

Safi komited dalam memastikan produknya mesra alam sekitar. Oleh itu, ia mengoptimumkan tenaga dan pengeluaran karbon bagi memastikan bumi kekal bersih dan bebas pencemaran.

Rangkaian pelembap wajah daripada Safi bukan sahaja dapat menyelesaikan masalah kulit tetapi mempunyai ciri-ciri menarik dan yang paling penting, halal.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Tue, 17 Mar 2020
Gaya Hidup Tue, 3 Dec 2019

ISETAN The Japan Store tampil segar dengan wajah baharu

Bukan sahaja jenama Jepun, jenama tempatan pun ada

Oh Lawa Tue, 23 Oct 2018

6 Trick Fesyen Yang Meghan Markle Mungkin Telah Guna Untuk Menyorok Kehamilannya

Kita dapat tahu pun bila dia sudah hamil selama 12 minggu.

Featured Fri, 14 Feb 2020

Isteri pun boleh jadi sehangat model Victoria’s Secret kalau suami lakukan ini…

Apabila isteri atau teman wanita merajuk, kebanyakan lelaki lazimnya tidak berusaha untuk memujuk, malah ada yang buat tidak endah. Walaupun tidak semua lelaki sebegitu, kebanyakannya memang sebegitu! Walhal wanita yang dikatakan makhluk Tuhan paling kompleks […]

Featured Tue, 7 Apr 2020

Tetap glamor pada pagi Lebaran, meski terpaksa beraya cara PKP

Jenama tempatan atas talian tampil dengan rekaan wow!

Featured Mon, 16 Mar 2020
Featured Mon, 18 Jun 2018

Impak Maksimakan Solekan Bibirmu, Ini 10 Gincu Merah Menggoda Wajib Dimiliki

Gincu merah yang garang sememangnya bisa merubah penampilan wanita serta-merta.

Featured Wed, 16 May 2018

Jurusolek Kim Kardashian Kongsi Tip Untuk Hilangkan Rupa Kedutan Di Bahagian Mata

Tiada siapa boleh elakkan wrinkles daripada muncul, tapi anda masih boleh “selamatkan” rupa anda.