Oh Lawa By: tex_admin August 27, 2018 @ 7:00pm

Evolusi Solekan Era Merdeka Hingga Kini

Kalau berbicara tentang makeup pasti akan mengujakan setiap wanita. Yela, sejak dari zaman dahulu lagi, wanitalah yang suka bermakeup dan berhias untuk sentiasa tampil cantik.

Jika kita mengimbau semula mengenai teknik makeup ianya telah berubah mengikut zaman. Contohnya, pada era 50-an, eyeliner yang dilukis adalah tebal dan teknik ini terus berubah sehinggalah sekarang. 

Bukan itu sahaja, rona gincu juga berubah iaitu dari rona merah menyala sehingga rona nude yang digemari pada era kini. Evolusi ini terus berubah mengikut perkembangan industri seni solekan. Jom kita lihat evolusi solekan dari tahun 1950 sehingga kini.

Tahun 1950

Foto: Beauty Journal

Pada tahun ini anda dah lahir tak? Kalau anda nak tahu, solekan glamor menjadi kegilaan ramai. Wanita yang memiliki rona kulit putih yang cerah dianggap cantik pada era ini. Solekan menggunakan foundation begitu ‘in‘ pada ketika itu untuk mendapatkan solekan yang cantik dan glamor.

Eyeliner yang hujungnya meruncing, eyeshadow berwarna coklat, biru dan hijau antara yang paling popular dan menjadi pilihan solekan ketika itu. Untuk alis kening pula lebih melengkung dan puncak alis lebih tajam. Manakala, rona menyerlah seperti merah dan oren antara warna lipstik yang menjadi pilihan.

Tahun 1960 & 1970

Foto: cz.pinterest.com

Solekan pada tahun ini lebih minimal tetapi masih lagi glamorous. Pada era ini juga dikenali sebagai ‘baby boomers‘ yang masih mengekalkan konsep solekan pada era 50-an tetapi menggunakan warna-warna pastel.

Untuk solekan mata pula berubah menjadi lebih dramatis dengan pemakaian bulu mata palsu yang sangat popular ketika itu.

Eyeshadow yang digunakan pula lebih kepada warna pastel dan satu garis lipatan mata yang dibuat pada kelopak mata menggunakan eyeliner serta cat eyes antara menjadi signature makeup pada era ini. Untuk gincu pula lebih kepada nude colour seperti warna pink, merah lembut dan coklat.

Apabila memasuki tahun 70-an, gaya solekan lebih toned down dan simple.

Tahun 1980

Foto: Utusan Online

Pada tahun 80-an ini pemilihan eyeshadow lebih menyerlah dan dipakai lebih tebal. Seperti warna biru yang berkilat, merah dan sebagainya. Begitu juga dengan pemilihan rona gincu yang lebih pekat seperti merah. Pemakaian bulu mata palsu juga diaplikasikan dalam solekan. 

Tahun 1990

Foto: Pinterest

Pada era 90-an ini, kening halus menjadi trend iaitu kening dicabut hingga hampir nipis bulunya, kemudian dilukis segaris. Solekan yang menterjemahkan look grunge serta solekan matte menjadi pilihan pada ketika itu. Solekan ini untuk nampak cool dan effortless. Tiada lagi warna-warna terang atau feminin digunakan. 

Tahun 2000 

Foto: Malaysian Access

Pada tahun ini pula, solekan juga lebih natural seperti tahun 90-an. Bahagian bibir, calitan lip gloss paling digemari dan popular ketika itu kerana impaknya yang ‘shining‘. Pemilihan rona bibir pula lebih kepada rona merah jambu.

Alis kening pula tidak lagi nipis seperti tahun 90-an. Kening lebih sedikit tebal pada bahagian hadapan dan nipis pada penghujungnya. 

Tahun 2010 sehingga kini

Foto: Cinema Online

Solekan terus berubah pada tahun ini ia lebih kepada super natural dengan aplikasi teknik effortless yang sangat ringkas dimana memberi ilusi solekan seolah anda tidak memakai makeup. Pembayang mata satu tona, gincu lip matte dan lip tint hampir menyamai warna bibir dan effect solekan kulit berkaca.

Tahun 2018 juga menyaksikan trend kening bertekstur seperti gaya dunia kecantikan Korea. Nampak seakan bersepah tetapi masih mengekalkan semulajadinya. Hanya perlu mencantas bulu-bulu degil di bahagian hujung bagi nampak kemas.

Foto: Wanista

Untuk solekan bibir juga berlaku perubahan pada tahun ini iaitu solekan yang ringan dan nampak seakan semulajadi. Untuk mendapatkan bibir sebegini, anda hanya menggunakan lip tint ataupun gincu dari rona tanah cuma kesan lip tint lebih kekal lama berbanding gincu.

Pembaharuan sentiasa berlaku dalam dunia solekan mengikut peredaran tahun mahupun mengikut trend luar negara. Apapun, setiap solekan memerlukan teknik yang betul untuk menampakkan effect yang sempurna. 

Sumber: Stail , Rumputri & Beauty Journal

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Fri, 10 Apr 2020

FK by Farah Khan, koleksi lebaran pada harga berpatutan buat penggemar fesyen

Koleksi ini diinspirasikan oleh keindahan Marrakech

Featured Mon, 16 Mar 2020

Serlahkan penampilan dengan Wirdora, pakar aksesori hijab wanita

Aksesori Kristal Swarovski untuk lelaki juga ada!

Oh Lawa Mon, 18 Mar 2019

Kulit muka anda jenis sensitif? Lakukan 4 perkara penting ini sebelum tidur

Langkah terakhir mungkin akan memeranjatkan anda.

Oh Lawa Wed, 11 Dec 2019
Featured Thu, 8 Nov 2018

Bercuti Tanpa Giant Over-Sized Sun Hat Ini, Bermakna Anda Belum Cukup Fashionista!

Stail topi besar ini dicetuskan oleh pereka fesyen Perancis, Simon Porte Jacquemus pada 2017.

Featured Wed, 25 Mar 2020
Featured Wed, 20 Feb 2019
Featured Wed, 22 Jan 2020
Oh Lawa Thu, 18 Oct 2018

Aktiviti Lasak Bukan Lagi Penghalang Buat Wanita Berhijab. Najwa Sports Collection Harus Dimiliki

Najwa Sports Collection menyediakan penyelesaian reka bentuk yang mematuhi syariah yang tidak berkompromi dengan aurat atau gaya.

Oh Lawa Thu, 8 Feb 2018

Idam Bulu Mata Lentik Dan Tebal Persis ‘Barbie Doll’? Anda Mesti Cuba 10 Tips Ini

Patung Barbie boleh dianggap sebagai ikonik bagi wanita yang mendambakan paras rupa jelita dan tubuh yang sempurna.