Categories: Oh Lawa

Hangatkan penampilan anda dengan mencipta pelbagai gaya pemakaian skaf. Pasti menawan!

Kepelbagaian pemakaian skaf yang dipamerkan dalam pertunjukan fesyen jenama mewah penghujung tahun lalu, memberi bayangan gaya itu akan menjadi sesuatu yang hangat pada tahun ini.

Menumpukan pada fabrik sutera dengan sentuhan motif retro, pemakaian skaf boleh dipelbagaikan gaya sebagai perhiasan kepala, turban dan pelengkap pakaian sama ada ke pejabat, acara minum petang, majlis makan malam, malam gala, juga sebagai tema ulang tahun kelahiran, sehinggalah gaya jalanan termasuk saat menikmati percutian indah.

Jika anda bosan mengenakan gaya hijab polos dan dahagakan sesuatu yang lebih dramatik, anda boleh menggayakan skaf dari rumah fesyen terkenal antaranya Chanel, Hermes, Gucci, Emilio Pucci, Marc Jacobs dan Dior. Pasti ramai yang mencemburui anda dan berkata ‘wanita ini bukan sembarangan orang!’

Foto: Vogue

Foto: MintModa

Usah terhadkan penggayaannya, anda juga boleh menggunakan skaf yang berukuran kecil untuk  dililit pada beg tangan, supaya tidak ada yang perasan anda mengulang tayang beg yang sama berkali-kali.

Foto: instyle.com

Foto: Trendique Magazine

Selain itu, skaf yang dililit kemas juga boleh dijadikan aksesori pada bahagian pinggang termasuk perhiasan leher. 

Banyak stail sebenarnya yang boleh anda lakukan dengan menggunakan skaf. Paling penting adalah imaginasi dan kreativiti anda dalam menjadikan ia aksesori pelbagai guna! 

Foto: Closetful of Clothes

Foto: Livingly

Foto: accessoriesmagazine

 

Yanie Baharom