Oh Lawa By: Yanie Baharom September 25, 2018 @ 1:00pm

Nak Tahu Kenapa Anda Mudah Tertarik Pada Satu-Satu Bentuk Cincin Perkahwinan? Ini Jawapannya

Tidak semua lelaki bercita rasa tinggi, pandai pilih cincin yang berkenan di hati bakal isteri. Kalau beli sembunyi-sembunyi, tidak semestinya menepati kehendak buah hati.

Bagi wanita, cincin terlalu peribadi. Berapa harga cincin semuanya boleh dibeli. Cincin juga diibaratkan satu ikatan janji sehidup semati. Bagaimana mahu membeli cincin tunang atau kahwin yang disukai? Jawapannya, biarkan pasangan kamu pilih sendiri. Barulah sesuai dengan personaliti dan terletak cantik di jari.

Wahai bakal tunang atau bakal suami, ketahui dan fahami apa yang disukai dan tidak disukai bakal isteri ketika kamu ingin membeli cincinnya nanti. Jangan hanya pakai beli membuta-tuli.

Setiap wanita ada pilihan tersendiri. Walaupun perkara ini dianggap remeh oleh orang lelaki, tetapi sekurang-kurangnya lelaki juga perlu mengenal pasti, dia suka stail cincin ala vintage, klasik mahupun kontemporari.

Cara terbaik atau mudah untuk tahu kesukaannya dengan melihat cincin atau aksesori apa yang selalu dipakai. Paling mudah, pimpin tangannya bawa dia terus ke kedai barang kemas dan cuba perhatikan apa yang dia suka lihat dan terus beli.

Mungkin ada kawan-kawannya baru sahaja kahwin atau bertunang, adakah dia suka cincin seperti temannya itu atau sebaliknya?

Kamu juga harus tahu sama ada dia suka berlian, sapphires atau rubies. Ini kerana ada sesetengah wanita tidak suka diberikan cincin berlian ketika bertunang. Memadailah cincin belah rotan. Paling utama dalam pemilihan cincin dapatkan saiz sebenar. Elakkan membeli saiz yang salah.

12 Ciri Cincin Berlian dan Kaitannya Dengan Personaliti Wanita

1. Solitaire

Foto: whiteflash.com

Rekaan cincin ini jadi kegemaran Victoria Beckham, malah berhias cantik di jari Catherine Zeta Jones. Jika pilihan kamu cincin ini, itu tandanya kamu obses terhadap sesuatu yang kamu minati. Kamu sukakan perubahan. Melindungi diri sendiri. Kamu juga terlalu mencintai diri sendiri. Bangga dengan kelebihan diri dan sering membuat kejutan.

2. Heart

Foto: godofgifts

Tanpa ada persoalan, inilah pilihan paling romantik. Kid Rock membuktikan kasihnya kepada Pamela Anderson dengan cincin jenis ini. Jelas, menunjukkan cinta kamu benar-benar suci. Memberi cinta sepenuh hati. Kalau bercinta, kamu cinta sampai mati. Romantik dan terlalu sensitif, kuat merajuk. Baik hati dan murah senyuman.

3. Princess

Foto: puregemsjewels

Inilah jenis cincin pilihan Star Jone’s sebagai cincin pertunangannya. Kamu bercita rasa tinggi. Mahu sentiasa bergaya mewah dan suka pada keindahan. Perwatakan diri dan gaya kamu sering menarik perhatian orang lain. Kamu bijak mengambil peluang serta tidak suka mensia-siakan waktu. Kamu salah seorang insan yang sukses dalam hidup.

4. Emerald

Foto: whiteshouse

Potongan yang elegan mengandungi elemen art deco. Inilah bentuk cincin yang menjadi pilihan jutawan Donald Trump untuk dihadiahkan kepada isterinya Melania Knauss. Kamu seorang yang down to earth dan berpandangan jauh. Sangat teratur dalam menata hidup. Tiada yang mustahil dalam memburu impian. Bijak dan berwibawa.

5. Floral

Foto: Searle and Co

Cincin berlian menyerupai bentuk bunga boleh dikatakan cincin antik. Jelas melambangkan kamu berjiwa lembut. Kamu terlalu menghargai insan lain, bersemangat tinggi, pendengar setia dan berhemah tinggi. Setiap apa yang kamu lakukan, kamu mahu pulangan yang cepat. Gigih dan seorang yang setia dan penyayang.

6. Oval

Foto: BBBGem

Cincin ini kembali popular apabila dipilih Tom Cruise untuk disarungkan ke jari manis Katie Holmes. Kamu seorang yang perahsia. Begitu menghargai erti sebuah ikatan. Versatil, berfikiran terbuka juga pendengar paling setia. Hidupmu sentiasa ceria. Pandai menyembunyikan perasaan. Berpendirian teguh, memiliki imaginasi yang tinggi.

7. Patented Cuts

Foto: radissonblu

Kamu juga boleh memilih bentuk eksklusif yang dibuat khas beberapa gabungan antik vintage. Mempunyai cita rasa yang tinggi. Kamu suka pada keunikan. Kamu juga seorang yang
kreatif dan energetik. Berfikiran terbuka. Suka mencuba perkara baru. Tidak mudah mengalah, optimis dan fleksibel.

8. Round

Foto: BBBGem

Cincin popular di kalangan pengantin, dipanggil round brilliant. Kamu suka perubahan dan suka kesempurnaan dalam apa yang dilakukan. Kamu mahu pastikan setiap impian kamu perlu tercapai dengan apa cara sekalipun. Kamu berani dan bijak. Satu kepantangan kamu melakukan perkara dengan tidak sempurna.

9. Cushion

Foto: BBBGem

Potongan segi empat, tetapi melengkung di tepi memancarkan kilauan yang lembut berbanding kerlipan bergemerlapan. Jika kamu menggemari potongan ini, kamu seorang yang rasional, relaks, suka berfikir, selalu memikirkan tentang masa depan dan suka dipuji tetapi sentiasa berjaga-jaga. Menepati masa dan tidak suka melakukan perkara sia-sia.

10. Radiant

Foto: customjewellery

Pelakon Heidi Klum menerima cincin kuning berpotongan radiant daripada Seal. Jika kamu berkenan dengan potongan ini melambangkan kamu seorang yang kuat semangat. Tidak mahu mengalah, apa pun terjadi hidup perlu diteruskan. Matang dalam membuat keputusan. Tidak mudah terpengaruh.

 11. Pear

Foto: bbbgem

Pelakon Lela Rochon meminati cincin ini. Jika kamu juga punya minat yang sama ini menunjukkan kamu seorang yang jujur dan setia. Tidak jemu berusaha, bersungguh-sungguh dalam melakukan kerja. Sentiasa mahu terus maju, punya matlamat yang jitu dan sentiasa beroleh keuntungan.

12. Coloured Stone

Foto: dhgate

Jarang sekali orang memilih cincin batu berwarna sebagai cincin bertunang mahupun cincin kahwin. Istimewa cincin batu berwarna ini menjurus kepada warna pilihan. Kamu seorang yang berani, tetap pendirian dan ceria. Kamu juga suka mencuba dan tersendiri.

Sumber: InTrend

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Oh Lawa Mon, 27 May 2019

Rancangan kecantikan Get It Beauty On The Road kembali dengan Edisi Raya!

Saksikannya di Astro Ria untuk mendapatkan panduan kecantikan ala Korea!

Oh Lawa Tue, 8 May 2018

Hilangkan Mata Panda Hanya Gunakan Serbuk Kopi Dan Minyak Kelapa Dara. Berkesan!

Hilangkan mata panda dengan cara yang cukup mudah! Jom try!

Oh Lawa Mon, 15 Jul 2019
Featured Tue, 14 Apr 2020

Guna istilah popular PKP, koleksi Lebaran Larney tular!

Stay At Home Kebaya atau Lockdown Kurung Kedah, mana satu pilihan hati?

Acara Mon, 22 Jul 2019

Datuk Alha Alfa optimis curah ilmu solekan

Uqasha Senrose gamatkan Masterclass Makeup Alha Alfa

Featured Fri, 25 May 2018

Nak Muka Flawless Macam Izara Aishah? Pelakon Ini Kata Jangan Lakukan Kesilapan Lazim Ini

Anda mungkin tak perasan yang teknik penjagaan kulit muka anda ada kekurangannya.

Featured Mon, 30 Mar 2020

3 cara untuk menjadikan bibir mungil dan seksi

Tidak perlu buat suntikan bibir!

Oh Lawa Tue, 15 Jan 2019

What’s better and cosier than a puffer coat? A puffer coat lined with fur!

It’s like a snuggly warm blanket but fashionable.

Featured Wed, 12 Jun 2019

Peminat Harry Potter kini boleh bergaya dengan kasut Vans bertemakan Hogwarts!

Tonjolkan minat anda menerusi fesyen ‘cool’ ini!