Oh Lawa By: tex_admin June 21, 2018 @ 9:00am

Raya Sakan Dengan Beg Jenama ALDO

Menyentuh tentang Raya, pasti semua orang akan excited untuk meraikannya. Maklumlah, setahun sekali kita menyambut hari Raya, pastinya saat ini yang akan ditunggu-tunggu. Bila Raya, masa inilah kita akan pulang ke kampung bertemu keluarga tersayang dan rakan-rakan. Memang seronok!

Bukan itu sahaja, masa Raya inilah kita nak bergaya sakan daripada hujung rambut hinggalah ke hujung kaki, semuanya serba baharu! Ia termasuklah tas tangan yang merupakan barangan penting yang perlu ada untuk setiap wanita. Jangan tak tahu ya, jenama ALDO ada menyediakan rangkaian tas tangan yang sangat istimewa untuk lebaran kali ini.

Menyuntik elemen eksklusif dan classy, tas tangan ALDO memang sesuai dipadankan dengan gaya anda untuk berkunjung ke rumah sanak-saudara ataupun menghadiri majlis open house. Barulah dapat beraya sakan!

Menyentuh soal fesyen, ada yang gemar warna tas tangan sedondon dengan baju Raya. Contohnya, baju berwarna putih, tas tangan juga berwarna putih. Ada juga yang mempunyai citarasa berbeza iaitu lebih gemar memilih warna yang berlainan dengan tona baju. Semua itu bergantung kepada anda! Yang pasti, jenama ALDO ada menyediakan pelbagai jenis rekaan tas tangan dengan warna-warna menarik yang akan membuatkan anda rambang mata.

Tas tangan jenama ALDO ini rekaannya sungguh cantik dan elegan, memang rugi kalau anda tak dapatkan koleksi daripada jenama ini. Terdapat koleksi tas tangan ALDO yang berwarna nude sesuai jika anda padankan dengan baju Raya yang berona gelap seperti warna hitam. Koleksi tas tangan ini boleh anda gayakan jika anda ingin pergi beraya ke rumah rakan-rakan anda.

Istimewa untuk lebaran kali ini, ALDO juga ada menampilkan barisan koleksi tas tangan yang mempunyai perincian batu yang akan memberikan effect gemerlapan. Rekaan ini sesuai bagi anda yang suka dengan tas tangan yang bersaiz kecil.

Selain itu, ALDO juga menampilkan barisan tas tangan tangan yang berwarna hitam yang sesuai jika anda padankan dengan baju Raya berwarna pastel seperti warna nude. Gabungan dua warna ini pasti akan menyerlahkan lagi penampilan anda! Memang ‘meletop’ jika anda gayakan untuk menghadiri open house. Mesti ramai yang memuji!

Jika anda nak ‘look’ yang lebih santai pada hari Raya ini, anda boleh melaram dengan blouse labuh berserta pallazo. Kalau nak lagi cantik, anda gayakan dengan koleksi tas tangan ALDO yang berwarna putih atau biru pastel di mana rekaannya sangat elegan! Percayalah, stail anda bersama tas tangan ALDO ini akan menyerlahkan lagi kelembutan dan keayuan anda.

Tambahan lagi, ALDO juga ada menyediakan rekaan beg yang agak ranggi dan sesuai untuk digayakan dengan apa jua kombinasi baju Raya anda. Yang pasti apabila anda menggayakan beg ini, ia akan nampak lebih santai tapi masih menerapkan elemen eksklusif.

Rambang mata tak? Rasa macam nak borong semua tas tangan ALDO ini kan? Jangan tunggu lama-lama, cepat shopping tas tangan jenama ALDO di semua butik ALDO yang berdekatan dengan tempat anda sekarang! Jangan lupa OOTD dan kongsikan gambar anda di Facebook Hijab & Heels ok!

 

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Wed, 31 Jul 2019
Oh Lawa Wed, 20 Mar 2019
Oh Lawa Fri, 6 Jul 2018

Efisien Rekaan Abaya Sejak Larangan Arab Saudi Terhadap Pemandu Wanita Berakhir

Mengenakan pakaian abaya dengan potongan jumpsuit bersulam dan berwarna-warni yang cukup efisien, gaya mereka dilihat menyerlah dalam kalangan para wanita lain yang memakai abaya berona hitam

Oh Lawa Mon, 25 Jun 2018
Oh Lawa Mon, 23 Apr 2018

Selena Gomez Memakai Loket Batu Kerikil Ke Majlis Keramaian, Cuba Teka Berapa Harganya

Batu kerikil yang kita boleh jumpa di tepi jalan pun boleh dijadikan loket?

Featured Wed, 7 Nov 2018

Patutlah Kulit Duchess Of Cambridge Berseri-Seri, Rahsianya Nutella Dijadikan Mask Muka!

Jurusolek peribadi dedah rahsia penjagaan kulit Kate Middleton.

Oh Lawa Tue, 3 Jul 2018

Manfaat Buah Betik Untuk Kecantikan Muka. Jimat, Tak Perlu Kos Tinggi

Kaya dengan vitamin A, C, E dan K, betik juga mempunyai ciri-ciri antioksida.

Oh Lawa Mon, 14 May 2018

Emak Borek Anak Rintik, Lima Remaja Ini Mewarisi Genetik Supermodel Ibu Mereka

Mewarisi kejelitaan ibu masing-masing, perjalanan hidup lima gadis cantik ini bagai sudah tertulis untuk menjadi supermodel sebagaimana kegemilangan pernah dicipta ibu mereka di pentas peragaan.

Oh Lawa Tue, 30 Jan 2018

7 Cara Jaga Beg Tangan Dengan Betul

Aneka jenama beg tangan label tempatan sehingga antarabangsa, berharga puluhan ringgit sehingga puluhan ribu, wanita tidak dapat lari dari obsesi kepada aksesori terpenting ini.

Featured Wed, 1 Apr 2020