Parenting By: tex_admin April 4, 2018 @ 4:19pm

Apabila Anak Tidak Mahu Makan, Ini Perkara Wajib Yang Perlu Anda Tahu

Apabila menjadi seorang ibu, rutin harian mereka adalah menyediakan pelbagai makanan untuk suami dan anak-anak. Tetapi apabila dah siap hidangkan makanan, anak pulak tak nak makan! Cubalah cara macam mana pun tetap mereka tak nak makan, mesti anda stress kan? Biasanya masalah ini berlaku apabila anak berumur setahun ke atas sudah bijak menolak untuk tidak mahu makan. Waktu inilah anda terpaksa berlari-lari untuk memaksa mereka makan.

Tetapi tahukah anda, anak tidak mahu makan cuma satu fasa sahaja dan pada masa ini anak cuba untuk menegaskan tentang kebebasannya untuk memilih. Mereka cuma ingin memilih bila dan apa untuk dimakan. Mesti anda akan bimbang akan keadaan ini kan? Sebagai ibu, anda mesti mahukan mereka mendapatkan nutrisi yang cukup melalui pemakanannya setiap hari, tetapi kalau mereka tak nak makan macam mana pula nak dapatkan nutrisi itu. 

Sebenarnya, anda tidak perlu risau kerana selagi anak anda tidak menunjukkan tanda-tanda sakit, ia bukan masalah yang serius. Kanak-kanak tidak akan membiarkan diri mereka lapar. Jadi mereka akan meminta atau menunjukkan tanda-tanda apabila mahu makan sesuatu. Untuk pengetahuan anda, kanak-kanak antara usia 1 hingga 5 tahun hanya akan menambah berat badan pada kadar 2 kg setiap tahun. Oleh itu, mereka tidak akan makan 3 hidangan berat secara normal setiap hari.

Apabila anak tidak mahu makan, mesti banyak perkara yang anda fikirkan kan? Kami kongsikan antara persoalan yang biasa bermain di fikiran para ibu apabila anak tidak mahu makan:

1. Jika anak saya tidak makan apa-apa yang diberi, perlukan saya menggantikan makanan lain?

Sebaiknya anda tidak memberikan pilihan lain jika anak tidak mahu makan dengan apa yang telah dihidangkan. Jika mereka lapar, mereka akan makan apabila tiba waktu makan snek atau waktu makan yang seterusnya.

2. Jika anak tidak mahu makan, berapa lama patut saya biarkan mereka duduk di tempatnya?

Tempoh 30 minit sudah cukup untuk satu waktu makan. Walaupun anak anda makan sedikit, tamatkan waktu makan tanpa sebarang emosi. Jangan paksa atau marah mereka!

3. Adakah anak saya masih boleh diberikan pencuci mulut walaupun tidak memakan hidangannya?

Sebaiknya, jangan gunakan pencuci mulut sebagai hadiah apabila anak anda makan hidangan yang anda berikan. Jika pencuci mulut menjadi sebahagian daripada hidangan yang dirancang, jangan mendesak mereka untuk menghabiskan makanannya dahulu. Sebaliknya anda perlu membiarkan sahaja mereka apabila tidak lagi mahu makan makanan tersebut, saat itu anda boleh memberinya pencuci mulut pula. Kajian ada menunjukkan bahawa pujukan atau pemberian hadiah  agar kanak-kanak kerap untuk makan akan menimbulkan kesan yang sebaliknya, malah kanak-kanak mungkin semakin kurang makan berbanding jika dibiarkan sahaja.

4. Adakah saya patut memberikannya vitamin tambahan untuk mengimbangi makanan yang tidak dimakan?

Tidak perlu. Hal ini kerana, multivitamin dan mineral tambahan tidak dapat menggantikan makanan. Jika mahu memberikan vitamin tambahan, anda tidak boleh memberikan lebih daripada dos makanan tambahan yang telah disarankan oleh pakar kesihatan anda. Mungkin anda boleh menyediakan pelbagai jenis potongan buah-buahan untuk mereka.

Ini pula cara lain yang boleh anda cuba untuk menarik perhatian anak untuk makan hidangan yang anda sediakan:

1. Pastikan anak anda tidak meminum terlalu banyak jus. Jika mereka minum jus terlalu banyak, ia akan memenuhkan perutnya, mengurangkan selera makan dan mengurangkan ruang untuk makanan dan snek yang lebih berkhasiat. Apabila anak anda dahaga, berikan air dan bukannya jus.

2. Sediakan sebahagian kecil hidangan yang menarik terutamanya daging, telur dan keju. Jangan mengharapkan anak anda akan memakan setiap makanan yang dihidangkan. Anda perlu kreatif!

3. Anda juga boleh menghidangkan sayuran mentah seperti tomato, salad, timun dan sebagainya. Sebenarnya ramai kanak-kanak lebih menggemari sayuran mentah berbanding sayuran yang dimasak.

Kesimpulannya, sebagai ibu anda perlu mengawal emosi jika anak enggan untuk makan hidangan yang anda sediakan. Jangan paksa dan memarahi mereka kerana ia akan mengganggu emosi kanak-kanak tersebut. Anda juga perlu bijak memilih masa makan yang tetap kerana ini membantu kanak-kanak menjadi lebih mudah lapar apabila waktu yang telah ditetapkan tiba.

Selain itu, jadikan sesi makan adalah aktiviti yang ceria. Apa yang penting yang perlu anda ingat bahawa, tanggungjawab anda ialah untuk menyediakan diet seimbang untuk makanan yang sesuai. Manakala, tanggungjawab anak anda pula ialah menentukan jumlah untuk dimakan. Semoga perkongsian ini dapat membantu menyelesaikan masalah anda!

Sumber: Wyeth Nutrition Malaysia 

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Parenting Thu, 14 Jun 2018

Doa Achey Dan Isteri Beraya Sebagai Ibu Bapa Dimakbulkan Tuhan

Penantian lapan tahun pelawak Achey dan isteri untuk menimang cahaya mata akhirnya dimakbulkan apabila mereka memaklumkan mengambil seorang anak angkat.

Featured Thu, 24 Jan 2019

‘Tolonglah periksa beg sekolah anak-anak’ – saran seorang guru

6 perkara wajib diajukan kepada anak-anak turut dikongsikan guru ini. 

Featured Thu, 13 Feb 2020
Parenting Fri, 16 Mar 2018

Harga Lampin Pakai Buang Mahal. Ini Cara Mudah & Cepat Ajar Anak Untuk Bebas Lampin.

Diapers antara barangan keperluan bayi yang sangat penting dan perlu ada bagi memudahkan urusan bayi ke bilik air.

Featured Thu, 19 Sep 2019
Parenting Tue, 24 Apr 2018

Lindungi Anak Daripada Pemangsa Seksual Dalam Talian, Ini 7 Cara Untuk Protect Mereka

Penggunaan gajet tanpa pengawasan boleh mengundang bahaya kepada anak kerana mereka adalah sasaran yang mudah buat pemangsa seksual dalam talian.

Parenting Wed, 11 Apr 2018

Inginkan Anak Yang Soleh Dan Solehah? Amalkan 16 Doa dan Surah Ini

Terdapat 16 surah dan doa yang elok diamalkan bukan saja semasa mengandung tapi juga dibaca selepas solat.

Parenting Tue, 20 Feb 2018

Sudah-sudahlah Bagi Muka Pada Anak Lelaki, Takut Nanti Jadi Kuli

Mendidik anak memang bukan perkara mudah. It’s a learning process. Sebagai ibu bapa kena bijak untuk melahirkan generasi yang boleh dibanggakan di kemudian hari.

Featured Mon, 10 Jan 2022

Ditanya Bila Nak Tambah Anak, Ini Jawapan Diana Danielle

Pelakon Diana Danielle menjelaskan alasan dia tidak menambah bilangan zuriat walaupun dua orang anaknya sudah mula membesar. Bagi Diana, pada usia anaknya yang begitu, mereka perlukan bimbingan dan input daripada ibu bapa sepanjang masa sebelum […]

Featured Tue, 8 Nov 2022

[VIDEO] Hanis Zalikha Kongsi Tips Urus & Didik Anak Sekolah – “Displin Waktu Tidur Sejak Bayi…”

Min suka tengok anak beranak ni ❤️ Cara didikan Hanis & Hairul memang A+!