Parenting By: tex_admin April 2, 2018 @ 5:55pm

Nak Bawa Baby Pergi Swimming? Ini Perkara Yang Perlu Anda Ambil Tahu

Berenang antara aktiviti yang menjadi pilihan para ibu bapa untuk diperkenalkan kepada bayi mereka. Hal ini kerana, membiasakan bayi dengan air sejak dari awal adalah penting daripada sudut keselamatan. Tetapi, anda juga perlu tahu, bayi perlu mendapat imunisasi terlebih dahulu kerana kualiti klorin dan tahap kebersihan kolam renang boleh menjejaskan tahap kesihatan bayi.

Namun, jika anda pasti kolam renang yang bayi anda akan gunakan mempunyai standard kebersihan dan tahap klorin yang baik, anda boleh membawanya pada bila-bila masa sahaja. Kalau anda nak tahu, berenang adalah salah satu cara senaman yang menyeronokkan untuk bayi dan juga anda sendiri!

Foto: Cute Baby Swimming

Tetapi sebelum membawa bayi anda untuk berenang, anda perlu ambil tahu tentang perkara ini:

1. Mulakan aktiviti berenang dengan sesi 10 minit dan beransur-ansur tambah sehingga 20 minit. Jika bayi anda berusia di bawah satu tahun, hadkan masa di dalam air kepada 30 minit sahaja.

2. Apabila bayi anda mula menggeletar ketika berada dalam air, keluarkan dia daripada kolam renang dan balut menggunakan tuala kering untuk menghangatkan badannya. Jangan terlalu teruja sehingga mengabaikan bayi anda yang dalam kesejukan!

3. Jika bayi anda sedang menghidap selsema atau demam, atau kelihatan tidak senang, jangan bawa dia berenang tau! Ini akan membuatkan bayi bertambah letih dan penyakitnya akan lambat sembuh. Sekiranya bayi anda sakit perut, biarkan dia benar-benar sihat selama sekurang-kurangnya 48 jam sebelum membawanya berenang.

4. Jika bayi anda mengalami masalah kulit, anda perlu mendapatkan pemeriksaan doktor terlebih dahulu untuk memastikan bahawa klorin pada air tidak mengganggu kulitnya.

Foto: JUMP! Swim Schools

Oleh itu, kepada ibu bapa yang pertama kali ingin membawa bayi untuk berenang pastikan anda menitikberatkan tentang keselamatan mereka. Jika anda tidak yakin untuk melakukan aktiviti ini bersama bayi, anda boleh menghantar bayi anda ke kelas renang yang pastinya mempunyai tenaga pengajar yang lebih profesional. 

Sumber: Babycenter

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Parenting Wed, 11 Apr 2018

Inginkan Anak Yang Soleh Dan Solehah? Amalkan 16 Doa dan Surah Ini

Terdapat 16 surah dan doa yang elok diamalkan bukan saja semasa mengandung tapi juga dibaca selepas solat.

Parenting Wed, 6 Feb 2019
Featured Thu, 23 Aug 2018

Lima Cara Membersihkan Kerak Kepala Bayi, Selamat Dan Tidak Menyakitkan!

Kerak ini kelihatan seperti kulit mengelupas, kulit kering dan kelemumur.

Featured Fri, 16 Dec 2022
Parenting Wed, 4 Apr 2018

Apabila Anak Tidak Mahu Makan, Ini Perkara Wajib Yang Perlu Anda Tahu

Sebagai ibu, anda mesti mahukan mereka mendapatkan nutrisi yang cukup melalui pemakanannya setiap hari, tetapi kalau mereka tak nak makan macam mana pula nak dapatkan nutrisi itu. 

Oh Lawa Mon, 21 May 2018
Parenting Tue, 27 Feb 2018

Anak Mudah Jatuh Sakit Gara-Gara Alat Permainan Penuh Bakteria? Cuba 8 Tips Ini

Pernah tak korang terfikir alat permainan yang anak-anak korang suka itu sebenarnya ada bakteria? Hmm, perkara ini jangan ambil mudah tau! Jika alat permainan atau permukaan tempat si kecil tidak bersih, bakteria dan virus akan mudah berpindah dengan jayanya kepada mereka sekaligus meningkatkan risiko jangkitan. JAGA-JAGA!

Featured Fri, 23 Dec 2022

Ibu Fatimah Omar The Family UK Kesal Suami Difitnah Kahwin Dua – “Saya Bukan Anti-Poligami, Cuma…”

Allah, kesiannya. Sebab tu la pentingnya english education 😵‍💫 Luahan perasan isteri yang menghargai suami jadi salah faham ramai pula… Hmm

Featured Mon, 19 Sep 2022