Euforia Bola 2026
Hiburan By: Aqilah Paharuzi December 5, 2023 @ 3:45pm

“She Is My Daughter” – Anggap BCL Seperti Anak Kandung, Kasih Sayang Ibu Ashraf Sinclair Dipuji Persis Ibu Mentua Puteri Sarah

Pernikahan penyanyi terkenal Indonesia, Bunga Citra Lestari (BCL) dengan pilihan hatinya, Tiko Aryawardhana yang melangsungkan pernikahan pada 2 Disember, Sabtu lalu sehingga kini masih menjadi perbualan hangat di media sosial.

Satu-persatu mengenai perihal peribadi suaminya, Tiko mula dibongkar oleh netizen mendakwa jejaka tersebut mempunyai konflik isu nafkah bersama bekas isterinya.

Menerusi sebuah video tular di aplikasi TikTok, seorang individu rapat berkongsi perbualan bersama ibu Allahyarham pelakon Ashraf Sincalir, iaitu Khadijah Abdul Rahman.

Menerusi perbualan tersebut, wanita berkenaan yang dikenali sebagai Tyha mengucapkan tahniah kepada Khadijah kerana telah menerima menantu baru.

Dalam perbualan yang sama, Khadijah berkata hatinya berasa berat namun bersyukur apabila BCL telah selamat mendirikan rumah tangga bersama Tiko yang juga menjadi bapa kepada cucunya, Noah Sinclair.

Sementara itu, Khadijah turut menggelarkan BCL sebagai anak perempuannya, dan bukan menantunya lagi.

“What’s beautiful is that Bunga is not my daughter in law anymore. She is Bunga Sinclair, adik Kakak Aishah dan Bunga is mother to our cucu, Noah Sincalir and Tiko is my son!,” tulisnya.

BCL

Bukan itu sahaja, Khadijah turut memuji BCL yang berpegang teguh kepada janjinya terhadap Allahyarham Ashraf untuk menyayangi keluarga mentua seperti mana dia mencintai kedua-dua orang tuanya.

“Alhamdulillah, I remembered the marriage vow Almarhum Ashraf made to Bunga ‘love my parents like you love yours and I will love your parents like mine’.

“Subhanallah, Bunga carried on to do that.. amazing how she loves us and family. I am not sad but my heart is heavy, and I’m a bit tearful,” ujarnya lagi.

BCL

Menjengah ke ruangan komen hantaran tersebut, rata-rata netizen meluahkan rasa terharu terhadap curahan perasaan Khadijah yang menganggap BCL sebagai anak perempuannya dan bukan sebagai menantu.

BCL

Malah, netizen juga turut menyamakan Khadijah persis seperti ibu mentua aktres, Puteri Sarah Liyana iaitu Datin Patimah Ismail yang juga menyayangi Puteri Sarah sehingga kini meskipun sudah bercerai dengan pengarah sensasi, Syamsul Yusof.

BCL

BCL

Sebelum ini, tular sebuah video memaparkan acara ‘after party’majlis perkawinan BCL dan Tiko yang didakwa disambut dengan minuman keras.

Terdahulu, BCL dan Tiko Aryawardhana disatukan dalam sebuah majlis tertutup yang dihadiri oleh 100 orang tetamu sahaja terdiri dari ahli keluarga dan rakan karib pasangan itu.

Sekadar info, BCL dan Allahyarham Ashraf Sinclair berkahwin pada 2008 dan dikurniakan seorang anak lelaki, Noah Aiden Sinclair.

Manakala, Tiko pula merupakan seorang duda dan mempunyai tiga orang anak perempuan hasil perkahwinan terdahulu.

Artikel Berkaitan: [VIDEO] Tular Video Didakwa Teguk Arak Bersama Tiko, Peminat Luah Rasa Kecewa Dengan BCL

Artikel Berkaitan: “Penyebab Perbalahan Adalah Berpunca…” – Kisah Perceraian & Hutang Suami Baru BCL Terbongkar?

Artikel Berkaitan: Aishah Sinclair Sifatkan Tiko Aryawardhana Jodoh Tepat Buat BCL

Artikel Berkaitan: Kongsi Momen Akad Nikah, Tiko Aryawardhana Penyeri Hidup BCL – “He Brings Back My Smile”

Artikel Berkaitan: [VIDEO] Pilih Tiko Aryawardhana Sebagai Teman Hidup, BCL Jawab Alasan Mahu Berkahwin Lagi – “Bukan Move On, Tapi Juga Ingin Bahagia”

Kredit: TikTok

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Trending Tue, 1 Oct 2019

Ganjaran RM30,000 Untuk Buru Pembunuh Gajah Yang Mati Ditembak

Gajah ini sengaja dibunuh, kesiannya. Jom sama-sama cari pembunuh

Trending Mon, 25 Mar 2019

Peminat Kpop Mungkin Boleh Lepak Di Kafe EXO Lepasni Ye!

Boleh lah lepasni korang serbu dan buat ootd dalam kafe tu. Hiks,

Hiburan Wed, 13 Dec 2017

方逸华追思会 郑裕玲曾志伟等人现身

邵逸夫遗孀邵方逸华(六婶)上月22日病逝,享年83岁,其家人已于上月底为她举行过葬礼,昨天再在邵氏影城举行一场为时7小时的追思会。

Hiburan Thu, 25 Oct 2018

WOW! ‘ Baby One More Time’ Rai Ulang Tahun Ke 20

Korang masih ingat tak sekitar tahun 1998, lagu ‘Baby One More Time’ memang cukup digilai. Memang lain macam beb!

Hiburan Wed, 6 Feb 2019

Roslan Hussin Pelakon Layar Lara Meninggal Dunia

Salam takziah buat family Roslan Hussin antara pelakon era 1990an

Trending Fri, 22 Jun 2018

Patung Lilin Ke-2 Ed Sheeran Dipamerkan Di Kafe Kucing

Patung lilin Ed Sheeran ditempatkan di sebuah kafe bertemakan kucing iaitu Lady Dinah’s Cat Emporium, London.

Trending Tue, 12 May 2020

Bantuan Khas Aidilfitri Diberikan Buat Penjawat Awam Dan Pesara Mulai 20 Mei

Hargailah jasa mereka yang bertugas di barisan hadapan..

Trending Sat, 13 Mar 2021

Amzar Sabri Muncul Dengan Single Solo Berjudul ‘Kenangan’

Pasti ada yang masih ingat dengan kepada sebuah kumpulan duo bernama Viral yang pernah memeriahkan industri hiburan sekitar tahun 2016. Dianggotai oleh pasangan kembar bernama Amzar dan Amsyar, mereka banyak berkolaborasi bersama artis–artis tempatan seperti […]

Trending Thu, 19 Nov 2020
error: Content is protected !!