Categories: Sihat

12 Senaman Ini Hanya Memakan Masa 7 Minit Tapi Ia Lengkap Untuk Seluruh Badan

Ah, memang malas rasanya nak bersenam. Selalunya orang yang pergi ke gym akan menghabiskan masa selama sekurang-kurangnya 2 jam di situ. Wah, bayangkan saja pun dah rasa penat!

Kalau anda tak nak bersenam lama-lama, ada saja teknik-teknik senaman yang ringkas. Anda cuma perlu pilih yang mana yang akan betul-betul beri manfaat kepada badan anda.

Yelah, setiap jenis senaman itu selalunya direka khas untuk sesuatu anggota badan kita. Jadi jika anda ingin “kerjakan” seluruh badan anda, anda perlukan atur sebuah rangkaian senaman yang pelbagai.

No problem! Di dalam video ini sudah ada 12 teknik senaman yang akan beri manfaat kepada seluruh badan anda. Full-body workout, bak kata orang putih.

Yang syoknya, kesemuanya hanya mengambil masa 7 minit! Setiap teknik hanya memakan masa 30 saat, dan ada masa rehat selama 10 saat di antara setiap jenis senaman.

Bunyinya nampak macam mudah tapi percayalah. Tak sah kalau anda tak berpeluh nanti.

Antara senaman yang ditunjukkan termasuklah lompat bintang, tekan tubi, dan planking. Jom cuba!

Sumber: DIY Hacks

Ad Ops