Sihat By: Ad Ops September 12, 2018 @ 4:00pm

Anak Anda Asma? Ajar Mereka Cara Menangani Serangan Asma

Asma adalah kerengsaan yang boleh membawa keradangan pada saluran pernafasan. Pencetus asma lazim adalah alergen seperti hama (yang terdapat di dalam habuk rumah, permaidani, dan bantal), debunga, bulu dan air liur haiwan, kulat, makanan dan ubat tertentu.

Foto: theAsianparent Malaysia

Selain itu, faktor seperti jangkitan virus, asap, penyegar udara, aerosol, asap cat, penyembur rambut, minyak wangi, bersenam, udara yang sejuk serta perubahan cuaca juga merupakan punca saluran pernafasan menjadi sempit dan menyebabkan kesukaran untuk bernafas.

Foto: Harmful Algal Blooms

Ia mungkin mengambil banyak masa dan usaha bagi mengenal pasti penyebab serangan asma dalam kalangan kanak-kanak. Akan tetapi, sebaik sahaja dapat mengenal pasti puncanya, anda boleh membantu anak anda mengelak serta mencegah serangan asma.

Tempoh yang diambil untuk anak anda mengawal serangan penyakit asma bergantung kepada banyak faktor, antaranya:

Foto: Molekule

1. Umur kanak-kanak

2. Tahap keterukan simptom yang dihidapi

3. Kekerapan serangan asma terjadi

4. Komitmen anda untuk pelan rawatan

Selain pelan rawatan yang disediakan oleh doktor anda, ada cara tertentu yang boleh anda lakukan untuk membantu anak anda menguruskan serangan asma.

Pengurusan asma di sekolah

Mengajar anak anda mengenai keadaan mereka adalah sangat penting. Sekurang-kurangnya, mereka perlu tahu punca serangan asma berlaku dan bagaimana untuk mengelakkannya, serta waktu untuk mengambil ubat dan alat sedut mereka.

Selain itu juga, guru dan staf akademik perlu dimaklumkan mengenai keadaan ini supaya mereka tahu apa yang harus dilakukan jika anak anda mengalami serangan asma.

Foto: Healthy London Partnership

Sebaik-baiknya, berikan informasi yang perlu diketahui serta salinan pelan rawatan asma kepada pegawai sekolah anak anda.

Bekalkan ubat-ubatan yang mungkin diperlukan oleh anak anda kepada jururawat sekolah serta sekiranya perlu, tunjukkan cara pemberian ubat kepada anak anda. Sesetengah jenis alat sedut tidak dapat dipastikan jika terdapat ubat yang masih ada di dalamnya.

Oleh itu, anda perlu mencatat hari anda mula menggunakan alat sedut kepada si kecil bagi memastikan anda mengingati masa untuk menggantikannya.

Sesetengah sekolah tidak membenarkan pelajar mereka membawa ubat-ubatan (alat sedut atau auto pemancit epinephrine). Jika begitu, anda harus berbincang dengan pegawai sekolah untuk mengetahui bagaimana cara membantu anak anda.

Sekolah mungkin memerlukan anak anda untuk mempelajari beberapa kemahiran menggunakan ubat dengan selamat sebelum membenarkan mereka membawa ubat mereka.

Apabila ada kecemasan…

Foto: Student First Aid

Pelan rawatan yang anda berikan kepada pihak sekolah perlu mempunyai arahan untuk bertindak jika berlaku kecemasan seandainya alat sedut tidak dapat melegakan simptom, waktu bilakah untuk memanggil doktor dan bilakah keadaan yang memerlukan anak untuk dihantar ke hospital dengan segera.

Jangan lupa untuk memberikan nombor telefon anda atau orang terdekat jika kanak-kanak memerlukan penjaga yang sah.

Sumber: Hello Doktor

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Sihat Fri, 12 Oct 2018
Sihat Wed, 20 Jun 2018

Regim Penurunan Berat Badan Anda Tiba-Tiba Tak Menunjukkan Sebarang Progres? Ikuti 5 Tip Ini

Tengah syok enjoy penurunan berat badan, tiba-tiba tak bergerak pula. Memang tension!

Sihat Sat, 21 Jul 2018

Lupakan Musang King Sejenak, Ini 12 Khasiat Durian Belanda Wajar Anda Tahu

Ia boleh bertindak sebagai agen yang berkesan dan kuat untuk mematikan kanser pada badan.

Sihat Wed, 10 Jul 2019

Enak dimakan, boleh kurus pula tu!

Jom mulakan pagi dengan sarapan enak di dalam balang setiap hari!

Gaya Hidup Tue, 2 Jul 2019

Bosan bersenam berseorangan?

Tidak kiralah bersama Encik Suami atau ‘BFF’, aktiviti senaman anda pasti lebih menyeronokkan.

Sihat Wed, 15 May 2019
familuv Wed, 30 Oct 2019

Ketahui tanda anak anda sedang mengalami kemurungan

Jangan abaikan realiti tentang penyakit mental dalam kalangan remaja di Malaysia

Sihat Wed, 2 Jan 2019

9 Tip Untuk Membantutkan Tabiat Suka Makan Snek Tanpa Henti

Jika anda ketagih, baik anda ikuti cara-cara pencegahan ini.

Sihat Sun, 26 Aug 2018
Sihat Thu, 19 Sep 2019

Risau tahap kolesterol tinggi ? Amalkan pengambilan 7 makanan ini

Tingkatkan kolesterol baik dalam tubuh anda.