Sihat By: Ad Ops January 2, 2019 @ 4:00pm

9 Tip Untuk Membantutkan Tabiat Suka Makan Snek Tanpa Henti

Tabiat buruk secara amnya memang sukar untuk dihentikan. Salah satu daripadanya adalah rasa teringin untuk makan snek. Bila dah mula mengunyap, susah pula nak berhenti. Aduh!

Perbuatan ini tak semestinya tidak sihat, tapi kadangkala rasa kempunan yang timbul akibat emosi, rasa bosan ataupun stres boleh mengakibatkan keinginan untuk makan snek tanpa kita sedari. Orang putih memanggilnya “unconscious snacking”.

Untuk mengubah tabiat ini, anda kena ubah corak tingkah laku anda. Cakap saja memanglah mudah, jadi ikuti nasihat beberapa pakar nutrisi tentang cara untuk menghentikan keinginan untuk makan snek.

1. Tetapkan had untuk diri sendiri

Dr Robert Glatter berkata anda boleh mengawal keinginan anda ini dengan memilih snek yang lebih sihat. Kemudian anda patut cuba kecilkan jumlah snek anda untuk elak daripada termakan banyak.

2. Makan perlahan-lahan

Foto: HealthyWomen

“Makan dengan kadar perlahan adalah satu tabiat yang perlu diterapkan,” kata Robert. “Ia membantu perlahankan proses penghadaman serta membantu badan anda mengenalpasti dengan lebih baik jika anda rasa nak makan kerana lapar ataupun hanya kerana mainan emosi.”

3. Jika anda makan snek kerana emosi, fokus dalam mengawal perasaan daripada berpaling kepada makanan

Robert berpendapat menggunakan makanan sebagai terapi boleh membawa padah.

Sebaliknya anda patut ubah pemikiran untuk lebih fokus terhadap keadaan emosi anda, serta guna teknik alternatif untuk menggantikan kelaparan dengan perasaan baik. Dengan cara ini, anda takkan terasa nak makan snek tanpa sedar.

4. Mula simpan rekod tentang snek yang anda makan

Tak kiralah dalam telefon pintar, buku nota ataupun journal, teknik ini adalah cara baik untuk lebih prihatin terhadap tabiat snacking anda, kata Dr Mike Roussell.

“Bila anda menyimpan rekod ini, ingat yang anda bukan saja perlu catit apa yang anda makan dan bila. Anda juga perlu tuliskan nota tentang apa yang anda rasa ketika itu dan kenapa anda makan.

“Apa yang membuatkan anda rasa nak makan… adakah badan anda perlukan kalori, atau ada sebab lain? Food journaling akan membuatkan anda lebih peka tentang perkara-perkara ini.”

5. Sorokkan snek yang tidak sihat daripada pandangan mata

Foto: 5WPR

Jika anda tak nampak snek yang boleh dimakan, rasa nak mengunyap itu takkan timbul.

“Memang penting untuk anda tidak meninggalkan makanan atau snek di mana-mana saja untuk anda makan bila anda rasa teringin,” kata Mike.

“Dengan adanya kesukaran ini, akhirnya keinginan anda tadi terbantut.”

6. Berhenti kaitkan snek dengan ganjaran

Charles Passler yang dilaporkan pernah bekerja dengan Bella Hadid untuk pengurusan dietnya, berkata dari usia muda lagi, sesetengah orang telah diprogramkan untuk melihat makanan sebagai ganjaran.

“Ramai ibu bapa masih beri makanan ringan kepada anak mereka sebagai ganjaran setelah berkelakuan baik atau mencapai kejayaan.

“Bila kanak-kanak itu menerima snek, ada peningkatan dopamine di dalam otaknya kerana dia telah diiktiraf sebagai berjaya oleh ibu bapanya.

“Saya dah lihat ramai orang, yang rasa tak dihargai dalam hidup, akan memakan snek untuk mendapatkan kenikmatan dopamine yang dikaitkan dengan penghargaan ketika mereka kecil.”

7. Perhatikan jumlah gula dalam snek

Gula pun boleh menyebabkan peningkatan dopamine. Responsnya sangat mengasyikkan jadi anda takkan berhenti makan.

Elakkan ramuan bergula kalau boleh bila anda makan snek,” kata Charles. “Bila anda memakannya, kandungan glukosa dalam darah akan naik turun dengan cepat. Ini pula akan menyukarkan anda untuk mengawal emosi dan menahan diri daripada makan lebih banyak snek tanpa sedar.”

8. Elakkan makan snek sambil menonton TV atau menggunakan komputer dan telefon pintar

Foto: Chicago Tribune

Makanan yang anda makan perlu mendapat perhatian anda yang sepenuhnya supaya anda betul-betul enjoy pengalaman makan ini. Apabila fikiran anda lebih fokus kepada benda lain, waktu inilah anda akan rasa lebih teringin untuk snek tanpa anda sedari.

“Bila kita tak fokus, secara tak sengaja kita boleh habiskan jumlah makanan yang lebih daripada apa yang kita perlukan.

“Kita tak sempat pun nak tentukan sama ada kita betul-betul lapar ataupun kita dah kenyang,” kata pakar diet Kelly Krikhely.

9. Ubah mindset anda

Eliza Kingsford, seorang psychotherapist berlesen berkata untuk hentikan tabiat memakan snek, anda perlu tukar cara anda fikir tentang diet yang anda amalkan.

 “Cuba kata, ‘saya tak minum air soda’ daripada ‘saya tak boleh minum air soda’. Statement ini menunjukkan niat dan kepercayaan anda.

“Statement ini mencerminkan kepercayaan anda tentang siapa diri anda sebenarnya. Jadi anda perlu latih minda anda untuk menerima kepercayaan baru (iaitu tentang gaya pemakanan yang lebih sihat).”

Semoga berjaya!

Sumber: Insider

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Sihat Thu, 17 Oct 2019

Badan tidak cukup kalsium? Ini cara mudah untuk tahu

Ketahui juga kadar ideal pengambilan kalsium

Sihat Tue, 4 Sep 2018

Jika Anda Kembali Ke Pangkuan Kekasih Lama, Kesihatan Mental Anda Akan Terjejas. Biar Betul?

Jika anda nak get back together dengan ex, baca artikel ini dulu!

Featured Thu, 13 Jun 2019
Sihat Thu, 30 Jan 2020
Sihat Fri, 17 Aug 2018

Teh O Ais Punca Kegagalan Buah Pinggang?

Komponen utama teh mengandungi banyak kandungan garam asid atau oksalat boleh menyebabkan masalah buah pinggang.

Featured Fri, 18 May 2018

Penggunaan Benang Floss Memang Penting Untuk Kesihatan Gigi Tapi Jangan Guna Jenis Ini, Membahayakan!!

Walaupun kedua-duanya mempunyai kegunaan yang sama, cara penggunaannya adalah berbeza.

Sihat Wed, 10 Apr 2019

Mengembara dengan menaiki pesawat bagi ibu hamil. Selamat atau tidak?

Risiko keguguran berkurangan apabila kandungan mencecah usia 28 hingga 30 minggu.

Featured Fri, 20 Sep 2019