Sihat By: Ad Ops June 20, 2018 @ 1:13pm

Regim Penurunan Berat Badan Anda Tiba-Tiba Tak Menunjukkan Sebarang Progres? Ikuti 5 Tip Ini

Wah! Memang seronok apabila kita sedang cuba menguruskan badan dan kita boleh lihat result yang kita ingini.

Tapi lama-kelamaan progres anda tak kemana, seolah-olah teknik senaman atau diet yang anda praktikkan tak lagi menjadi macam dulu. Memang tension!

Sebenarnya perkara ini memang normal. Selepas beberapa ketika, badan anda dah terbiasa dengan rutin kesihatan anda jadi cubaan seterusnya langsung tak memberi efek lagi.

Walau bagaimanapun, jangan putus asa! Anda cuma patut beri “kejutan” kepada badan anda dan get back on track dengan menggunakan 5 tip ini:

1. Campur-adukkan rutin anda

Menambahkan variasi ke dalam rutin senaman anda memang penting bagi mengelakkan progres anda daripada terhenti. Lama-kelamaan badan anda takkan lagi menganggap senaman yang anda lakukan mencabar macam dulu. Lakukan kombinasi senaman kardio serta latihan kekuatan (strength training), tingkatkan tahap intensity setiap senaman dan perkenalkan sesuatu rutin baru dari semasa ke semasa.

2. Fikir balik tentang “cheat day” anda

Lazimnya, sesiapa yang ingin menguruskan badan perlu ada satu hari di mana dia boleh makan apa saja tanpa perlu memikirkan dietnya. Tapi jika anda betul-betul serius tentang weight-loss, anda mungkin patut kurangkan cheat day anda sampailah anda capai berat badan yang anda ingini.

3. Jaga-jaga dengan snek sihat anda

Foto: wakethewolves,com

Memakan snek sihat di antara waktu makan memang penting untuk hilangkan rasa lapar, tapi ia boleh menjejaskan progres penurunan berat badan anda jika anda tak berhati-hati dengan jumlah snek yang anda makan. Snek seperti badam dan buah kering mengandungi banyak kalori, jadi jangan terlebih makan.

 

4. Lebihkan pengurangan kalori

Sebahagian daripada teknik untuk kuruskan badan adalah untuk mengurangkan pengambilan kalori dalam makanan. Ketika berdiet, anda memang perlu keep track berapa banyak kalori yang anda ambil, terutamanya dalam 3 ke 4 minggu pertamanya. Jika berat badan anda naik selepas masa itu, kurangkan kalori ada dalam 10%. Jika berat badan anda tetap sama, kurangkan sebanyak 5%.

5. Utamakan tidur

Foto: www.health.harvard.edu

 

Mendapatkan jumlah tidur yang mencukupi adalah peraturan asas untuk kehidupan sihat. Sama juga untuk penurunan berat badan. Kurang tidur boleh meningkatkan rasa lapar dan food cravings. Ia juga boleh menyebabkan pengeluaran hormon stres yang dipanggil cortisol dan terikat kepada penambahan selera makan dan lemak perut. Badan anda juga memulihkan diri sendiri ketika anda tidur. Tanpa tidur yang cukup dan nyenyak, memang susahlah nak memaksimakan senaman dan diet yang anda dah penat-penat lakukan.

Sumber: Popsugar

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Mon, 27 May 2019
Featured Wed, 25 Sep 2019
Featured Tue, 3 Jul 2018

10 Tanda-Tanda Anda Mempunyai Hubungan Percintaan Yang Toksik

Kalau anda rasa tak bahagia, semak jika anda mengalami tanda-tanda ini.

Featured Thu, 28 May 2020

Malaysia catat 10 kes baharu positif COVID-19, tiada kes kematian

Jumlah kes harian terendah sejak COVID-19 dikesan di negara ini

Featured Thu, 17 May 2018

12 Cadangan Hidangan Sahur Yang Sihat, Mudah Dan Bekalkan Tenaga

Tak ada idea nak bersahur dengan apa? Di sini ada beberapa cadangan mudah dan ringkas.

Featured Fri, 24 Apr 2020

Jangkitan COVID-19 boleh kembali meningkat jika tidak berwaspada

Sikap sambalewa boleh cetus penularan baharu

Featured Sat, 28 Sep 2019

Jenis tanaman hiasan yang sesuai untuk di tanam dalam rumah

Bukan sahaja cantik malah boleh menjadi penapis udara!

Featured Thu, 19 Mar 2020
Featured Mon, 20 Apr 2020
Featured Fri, 31 Jan 2020

WHO umum darurat kecemasan kesihatan awam global bagi bendung koronavirus

Peningkatan mendadak kematian akibat 2019-nCoV membimbangkan