Sihat By: Ad Ops October 29, 2019 @ 3:03pm

Dicaci gemuk oleh suami, wanita ini berjaya turun 40kg dan terus minta cerai

Sesetengah wanita malangnya akan mengalami kemurungan selepas bersalin. Antara puncanya ialah kenaikan berat badan ketika hamil.

Salah seorang mangsa situasi ini ialah Park Jee-won, seorang wanita dari Korea Selatan yang melahirkan anak perempuannya pada 2014.

Peristiwa manis ini bertukar teruk apabila suaminya sendiri sering mencacinya kerana berat badannya yang tinggi. Kejam sungguh!

Jee-won, seorang pengajar yoga dan kecergasan, nekad untuk membalas dendam dengan menguruskan badan semula.

Mengaitkan punca kenaikan berat badannya kepada hormon, Jee-won makan banyak ketika hamil hingga mencecah 86.6kg.

Menurut perkongsiannya di Facebook, dia berkata dia juga diserang masalah cakera tulang belakang pada waktu itu. Rasanya sangat sakit sehingga dia tidak mampu untuk bersenam.

Menurut China Press pula, selepas bersalin, dia mengalami kemurungan yang menyebabkan tabiat makannya tidak terkawal.

Memburukkan lagi keadaan ialah suaminya yang langsung tidak memberi sokongan. Sebaliknya, dia tidak henti-henti mengkritik berat badan Jee-won.

Demi mendapatkan semula kasih sayang suaminya, Jee-won berazam untuk mula bersenam semula, secara perlahan-lahan dan mengamalkan diet sihat.

Selain bersenam, dia juga berhenti makan nasi. Sebaliknya dia hanya makan lima ke enam hidangan kecil setiap hari, menurut Koreaboo.

10 bulan kemudian, dia berjaya hilangkan 40kg! Kini, berat badannya ialah sebanyak 46kg sahaja. Hebat!

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by 지 원 (@love__lean) on

Jee-won menegaskan bahawa dia tidak pernah menggunakan perkhidmatan pakar bedah plastik. Imej baharunya ini ialah hasil daripada titik peluhnya sendiri.

Bagaimanapun, suaminya tetap mengkritik Jee-won walaupun wanita ini sudah melalui proses transformasinya.

“Awak menakutkan saya. Bila saya memandang awak, meremang bulu roma saya,” suaminya dilaporkan pernah memberitahu Jee-won.

Dengan hati remuk, Jee-won membuat keputusan untuk menfailkan cerai dan membesarkan anak mereka sendiri.

Sejak itu, nampaknya dia dan si kecil ini hidup bahagia. Baguslah!

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by 지 원 (@love__lean) on

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by 지 원 (@love__lean) on

Jom ambil inspirasi daripada kisah Jee-won!

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Sihat Wed, 15 Aug 2018
Featured Tue, 12 May 2020
Sihat Sat, 28 Sep 2019
Featured Mon, 4 Nov 2019

Makan waktu malam punca berat badan naik sekadar mitos?

Jumlah kalori yang diambil adalah penyebabnya, bukan waktu makan

Sihat Mon, 21 May 2018
Sihat Mon, 3 Dec 2018

Virus Yang Boleh Menyebabkan Kematian, Ini Yang Anda Perlu Tahu Tentang Penyakit Japanese Encephalitis

Lebih kurang satu daripada 250 jangkitan berakhir dengan kematian.

Sihat Thu, 9 May 2019
Sihat Tue, 17 Jul 2018

Hilangkan Sakit Kepala Dengan Teknik Mudah Ini. Berkesan! Tak Perlu Makan Ubat

Memang stres bila sakit kepala melanda, satu kerja pun tak jadi.

Featured Fri, 17 Apr 2020

Ketahui mengapa si kecil suka mengetap gigi ketika tidur

Tangani dengan berkesan sebelum lebih teruk

Featured Sat, 2 May 2020

Kejayaan memerangi COVID-19 bergantung pada kerjasama masyarakat

Kerajaan sudah memainkan peranan sepatutnya