Sihat By: tex_admin June 27, 2018 @ 12:10pm

Ini Tip Elak Keracunan Makanan Ketika Kunjungi Open House

Pastinya ramai rakan-rakan anda sudah menjemput anda untuk menghadiri majlis rumah terbuka mereka kan? Raya kan sebulan, memang saat inilah yang dinantikan untuk bertemu rakan-rakan lama yang dah lama tak jumpa. Betul tak?

Tapi, penulis nak pesan, kalau anda hadiri majlis rumah terbuka perlu berhati-hati dengan setiap hidangan makanan yang disediakan ya! Sangat penting untuk anda meneliti dan lihat setiap makanan sama ada ia selamat untuk dimakan ataupun tidak. Takut nanti terlalu leka makan sedap-sedap, bila balik rumah perut mula memulas dan terkena keracunan makanan pula! Masa itu menyesal pun tak berguna.

Untuk pengetahuan anda, keracunan makanan adalah penyakit yang disebabkan pengambilan makanan ataupun minuman yang tercemar. Jadi, apa kata anda semak tip untuk elak keracunan makanan ini:

1. Basuh tangan terlebih dahulu sebelum menyentuh makanan

Foto: Zee News

Jangan terlalu confident tangan anda itu sentiasa bersih ya! Nampak luaran memang bersih, tapi anda tak akan nampak kuman-kuman yang menempel pada tangan anda itu, jadi wajib cuci tangan sebersihnya!

2. Lihat ada tak telur lalat pada makanan yang dihidangkan

Foto: Amazing Nara

Bila anda dah bau makanan tersebut, cuba pula teliti setiap makanan tersebut ada tak telur lalat. Yela, lalat kan suka dengan makanan yang terdedah, bila dia hinggap pasti akan meninggalkan telurnya. Telur lalat sangat bahaya ya untuk perut anda, kalau termakan, pasti anda akan muntah-muntah dan cirit-birit. Jadi, perlu teliti dengan betul ok!

3. Bau dan rasa

Foto: Toodia

Jangan terus makan sahaja ya! Anda perlu bau terlebih dahulu makanan yang dihidangkan oleh tuan rumah, bukan apa takut-takut nanti makanan tersebut sudah basi. Anda juga boleh rasa sedikit makanan tersebut untuk mengetahui sama ada makanan tersebut masih elok ataupun tidak. Kalau anda rasa dan bau yang kurang enak, anda perlu memberitahu kepada tuan rumah. Jangan biarkan sahaja, takut nanti orang lain pula yang makan, makanan yang basi itu.

Kesimpulannya, kalau tak nak terkena keracunan makanan di musim perayaan ini, anda wajib ikuti tip yang penulis kongsikan. Seronok beraya tak salah, tapi anda perlu peka dengan kebersihan makanan yang anda makan. Semoga bermanfaat!

Sumber: Teknologi Makanan

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Mon, 4 May 2020

Belum sempat menyarung sut perkahwinan, Doktor muda ini gugur kerana COVID-19

Menundakan perkahwinannya demi berkhidmat untuk negara

Featured Tue, 8 Oct 2019
Semarak Sun, 27 May 2018

Atasi Masalah Kelesuan Berpuasa Dengan Pengambilan 8 Suplemen Ini

Pengambilan makanan tambahan di bulan Ramadan sangat penting dalam memastikan kekal cergas bertenaga sepanjang hari.

Sihat Tue, 17 Sep 2019

Bagaimana nafas kita boleh berbau? Ini puncanya

Jangan memandang remeh hanya kerana mulut berbau!

Featured Fri, 17 Jan 2020
Sihat Mon, 13 Aug 2018
Sihat Wed, 15 Aug 2018

Nak Kekal Sihat? Ini Nombor-Nombor Yang Perlu Anda Titikberatkan

Ada nombor-nombor yang perlu anda titiberatkan dalam kehidupan seharian anda untuk kekal sihat.

Featured Sun, 19 Apr 2020

Kaji Selidik Solidariti fokus empat regimen rawatan COVID-19

Pesakit turut dikenal pasti sertai kajian

Featured Thu, 15 Nov 2018