Sihat By: Ad Ops December 26, 2018 @ 10:00am

Inilah Cara Untuk Bezakan Antara Sakit Kepala Biasa & Migraine

Anda mungkin sudah diserang sakit kepala sejak beberapa tahun lalu ataupun baru saja lagi anda kena.

Apa-apa pun, langkah pertama untuk merawatnya adalah untuk mengenal pasti apa jenis sakit kepala yang anda alami.

Sakit kepala tegang adalah yang paling biasa – 90% daripada semua jenis sakit kepala boleh dikategorikan sebagainya

Anda mungkin akan alaminya sekali sekala, dan ia akan hilang dalam masa beberapa jam. Ataupun ia boleh berlaku lebih kerap dan bertahan sepanjang hari.

Sakit kepala migraine pula tidaklah begitu biasa. Lebih kurang 2% daripada populasi dunia mengalaminya tapi ternyata ia lebih melemahkan. Lazimnya ia boleh bertahan dari 4 ke 72 jam.

Bagi kedua-dua jenis sakit kepala ini, kepanjangan, intensiti, lokasi rasa sakit dan tanda-tanda mereka adalah berbeza.

1. Tanda-tanda

Sakit kepala tegang

  • Anda rasa sakit di kedua-dua belah kepala
  • Anda rasa tekanan yang tegang, dan bukannya berdenyut-denyut. Anda juga mungkin rasa seperti kepala anda diapit ketat ataupun ada tekanan di sekelilingnya. Anda mungkin rasa sakit di bahagian temple (bahagian di antara telinga dan dahi), serta leher dan bahu anda mungkin rasa tegang.
  • Kesakitan yang anda alami tidaklah teruk

Migraine

  • Anda rasa sakit berdenyut-denyut dari kadar sederhana ke teruk yang lebih fokus kepada salah satu belah kepala
  • Rasa sakit ini bertambah teruk jika anda lebih aktif secara fizikal. Baring mungkin boleh membantu
  • Anda rasa sakit di sekeliling bahagian mata, bahagian temple atau di muka, rahang dan leher
  • Anda sensitif terhadap cahaya, bunyi dan bau
  • Anda rasa loya
  • Mata anda berpinar-pinar atau anda dapat nampak garisan beralun atau bintik-bintik
  • Lengan atau muka anda terasa sakit betul-betul sebelum sakit kepala anda bermula

Rasa sakit boleh wujud di bahagian ‘temple’. Foto: YouTube

2. Faktor

Sakit kepala tegang

Sakit kepala ini selalunya wujud akibat stres, kerisauan ataupun keletihan. Ia menyebabkan otot-otot di kulit kepala, leher dan rahang untuk menjadi lebih ketat, dan akhirnya ini mengakibatkan rasa sakit.

Migraine

Penyebab khusus bagi migraine adalah tidak jelas. Genetik dan persekitaran anda disangka memainkan peranan. Anda akan rasa sakit ini apabila sesetengah bahan kimia dalam otak anda bertambah.

Sakit kepala migraine juga boleh terjadi disebabkan oleh sesuatu “pencetus”, termasuklah perubahan kadar hormone ataupun cahaya yang terang.

3. Rawatan

Sakit kepala tegang

Sakit kepala biasa ini selalunya dirawat dengan ubat di atas kaunter seperti aspirin, acetaminophen, ibuprofen, atau naproxen. Kafein juga boleh membantu.

Jika sakit kepala anda kronik dan ubat dari farmasi tak dapat melegakannya, sila jumpa doktor. Dia boleh memberikan ubat anti-kemurungan yang sebenarnya effektif.

Selain itu, akupuntur atau teknik relaxation juga boleh menghilangkan rasa sakit kepala.

Foto: BestMedicine by Renown Health

Migraine

Kenal pasti apa yang mencetus penyakit ini dan elakkan.

Catat bila anda mengalami sakit kepala ini supaya anda boleh track apa yang anda telah makan atau minum, berapa jam anda tidur, apa aktiviti yang anda sertai, bagaimana cuaca pada hari itu, dan faktor lain.

Setelah anda alami migraine beberapa kali, anda boleh lihat apakah persamaan mereka dari segi faktor.

Selain itu, farmasi menawarkan ubat ibuprofen khas untuk migraine. Jika ia tak cukup efektif, minta ubat yang lagi kuat dari doktor anda.

Jika mana-mana ubat ini tak efektif langsung dan anda mengalami migraine sebanyak 4 hari dalam sebulan, doktor akan berikan ubat yang mengelakkan ia daripada berlaku lagi. Antaranya adalah ubat penyakit sawan, darah tinggi dan anti-kemurungan.

Selain ubat, pesakit boleh cuba gunakan alat perubatan seperti gammaCore, SpringTMS dan Celefy untuk melegakan urat saraf.

Teknik rawatan lain yang boleh membantu hapuskan tanda-tanda migraine adalah seperti teknik rehatkan diri, akupuntur, hipnosis, yoga dan senaman.

Sumber: WedMD

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Sihat Mon, 31 Dec 2018

Ini Yang Perlu Anda Tahu Tentang Disleksia Dalam Kalangan Kanak-Kanak

Kanak-kanak lelaki lebih ramai bermasalah disleksia berbanding perempuan.

Sihat Wed, 15 Aug 2018

Nak Kekal Sihat? Ini Nombor-Nombor Yang Perlu Anda Titikberatkan

Ada nombor-nombor yang perlu anda titiberatkan dalam kehidupan seharian anda untuk kekal sihat.

Sihat Wed, 16 Jan 2019
Sihat Tue, 11 Feb 2020
Featured Wed, 25 Sep 2019
Sihat Wed, 9 Jan 2019

Penggunaan pemanis tiruan tidak menyumbang kepada pengurangan berat badan

Menurut kajian semula, pemanis ini dan gula tidak banyak bezanya.

Featured Wed, 15 Apr 2020

Hilangkan parut pembedahan Caesarean dan keloid dengan cara berkesan

Pastikan luka pembedahan dijaga dengan baik

Sihat Wed, 11 Sep 2019

Cara penjagaan apabila memakai pendakap gigi

Kenalah tahu cara menjaga pendakap gigi apabila memakainya!

Featured Mon, 1 Jul 2019

Ulam bawa kebaikan seribu khasiat

Dah tahu kebaikannya, jadi masukkan ia ke dalam senarai menu utama!

Sihat Mon, 25 Jun 2018

Anda Ketagih Minuman Kafein? Ini Cara Untuk Hentikannya

Minum kopi ada kebaikannya tapi kalau terlalu banyak, ia boleh memudaratkan kesihatan.