Categories: Sihat

Jangan Sambil Lewa Kepentingan Vaksin, Pastikan Anak Anda Mendapatkan Suntikan Ini!

Meskipun sistem penjagaan kesihatan dan standard kebersihan pada masa kini berada di tahap yang baik, itu tidak bermakna mampu menghalang jangkitan daripada berlaku.

Penjagaan kesihatan dan kebersihan yang lebih baik mengurangkan penyebaran penyakit tetapi ia masih belum mencukupi untuk menghapuskan penyakit sama sekali.

Ini kerana kebanyakan penyakit disebarkan daripada seseorang kepada orang lain. Kanak-kanak terutamanya bayi lebih mudah dijangkiti.

Pengambilan vaksin berupaya melindungi sistem imunisasi mereka yang masih belum berkembang sepenuhnya.

Vaksin membantu menguatkan sistem imun anak anda untuk melindungi mereka daripada komplikasi yang boleh membahayakan nyawa.

Oleh sebab itu, Program Imunisasi Kebangsaan (jadual imunisasi kanak-kanak) mengesyorkan agar kanak-kanak diberi vaksin semenjak lahir dan seterusnya.

Sebagai ibu bapa, tahukah anda kepentingan vaksin ini kepada anak? Di bawah ini adalah jawapannya!

Foto: Healthline

1. Imunisasi dapat memberikan faedah kesihatan kepada anak kerana ia membantu mengelakkan mereka daripada dijangkiti pelbagai penyakit berjangkit yang serius yang boleh mengakibatkan kecacatan dan kematian.

2. Kebanyakan penyakit berjangkit ini tidak mempunyai rawatan khusus dan ia boleh mengakibatkan kesan sampingan dan komplikasi yang teruk dan kekal.

3, Imunisasi juga dapat mengelakkan penderitaan yang dialami oleh anak dan juga ibu bapa.

4. Ia juga dapat membantu mengelakkan daripada berlakunya kejadian epidemik dan wabak penyakit berjangkit.

5. Mengurangkan dan membasmi sesetengah penyakit seperti polio, neonatal, tetanus dan difteria.

6. Ia juga satu-satunya intervensi kesihatan dengan kos efektif.

Foto: cbsnews.com (penyakit polio)

Sumber: Jelita

Yanie Baharom