Suatu ketika dulu, penyakit tibi pernah disenaraikan sebagai penyakit nombor satu di Malaysia sehingga meragut banyak nyawa rakyat negara ini.
Namun kini, Malaysia telah diisytiharkan sebagai salah satu negara dengan beban tibi sederhana.
Organisasi Kesihatan Sedunia (WHO) mengatakan satu pertiga dari penduduk dunia telah dijangkiti kuman tibi.
Walau bagaimanapun, kebanyakan individu yang memiliki kuman penyakit ini mungkin tak akan dijangkiti oleh penyakit ini sepanjang hayat mereka kerana ia tak aktif.
Kuman-kuman tibi akan menjadi aktif jika sistem imunisasi gagal menghalang kuman ini daripada membiak dalam badan. Jadi, ini apa yang anda perlu tahu tentang penyakit tibi.
Tibi merupakan sejenis penyakit berjangkit yang boleh membawa maut jika tidak dirawat. Ia berlaku kerana kuman mycobacterium bacillus yang ditemui oleh Dr. Robert Koch.
Kuman ini berwarna merah dan sangat halus.
Kuman tibi biasanya menyerang paru-paru dan ia dikenali sebagai tibi pulmonari. Tapi, ia juga boleh melalui saluran darah dan merosakkan bahagian tubuh manusia yang lain seperti buah pinggang, kulit, mata, kelenjar leher, tulang, otak dan lain-lain.
Penyakit ini boleh merebak apabila pesakit yang menghidapi tibi pulmonari ini batuk, bersin atau bercakap. Mereka akan mengeluarkan beribu-ribu kuman tibi dari paru-paru dan kerongkong.
Sesiapa yang menyedut udara yang mengandungi kuman tibi dari pesakit ini akan mempunyai risiko untuk mendapat penyakit ini.
Sekiranya anda mengalami batuk berpanjangan, doktor biasanya akan membuat sapuan kahak di bawah mikroskop untuk mengesan kuman tibi.
X-ray pada dada juga boleh menunjukkan kerosakan yang mungkin berlaku pada paru-paru anda.
Rawatan biasanya mengambil masa sekurang-kurangnya enam bulan. Pada dua bulan pertama, rawatan harian akan diberikan. Peringkat rawatan seterusnya akan dilakukan dua kali seminggu selama empat bulan.
Mengamalkan gaya hidup yang sihat adalah kunci untuk mendapatkan tubuh badan yang sihat. Jadi, jangan lupa untuk bersenam dan makan makanan yang seimbang!
Sumber: The Asian Parent
Syoknya dah halal! Selamat Pengantin Baru, Afifah & Husband!
Sedih pula dengar luahan hati Aliff Aziz untuk Bella...
Kita hormat keputusan Syasya okay.. Apa apun, Dolla sentiasa di hati!
Wah, MK jadi jahat!
Ada lagi yang Aliff ak puas hati kot tu..
Ada betul juga cakap Michael kan?