Setakat 10 Februari 2020, angka bagi individu yang dijangkiti novel koronavirus (nCoV) telah meningkat kepada 31,728 kes dengan mencatat 1,016 kematian.
Virus yang merebak ke seluruh dunia ini juga amat membimbangkan rakyat di negara, apatah pula di Malaysia yang dilaporkan sudah terdapat beberapa kes membabitkan jangkitan virus itu.
Melalui kenyataan yang dikeluarkan Kementerian Kesihatan (KKM), seramai 257 pesakit bawah pemantauan (PUI) dengan 161 daripadanya rakyat tempatan, manakala 91 warga China dan selebihnya masing-masing seorang warga Australia, Korea, Jordan, Brazil serta Thailand.
Sumber: YouTube
Tambah menggemparkan, semalam seorang wanita warga Kanada dikatakan rebah di sebuah bangunan kediaman berhampiran pusat beli-belah KLCC kerana disyaki terkena jangkitan koronavirus.
Virus yang mula menganggu ketenteraman warga Malaysia ini memberi petanda bahawa pencegahan awal seperti memakai topeng muka dan cecair pembasmi kuman (sanitizer) tidak boleh dipandang ringan, malah wajib digunakan!
Bagaimanapun, menerusi laporan akhbar utama di negara ini, kebimbangan terhadap jangkitan korornavirus menyebabkan kekurangan stok topeng muka dan cecair pembasmi kuman berikutan sambutan hangat daripada orang ramai.
Permintaan terhadap produk terbabit telah meningkat menyebabkan banyak kedai dan farmasi kehabisan stok, dan lebih membimbangkan ada penjual yang sengaja menaikkan harga topeng muka dan cecair pembasmi kuman bagi meraih keuntungan besar.
Persoalannya, adakah wajib membeli topeng muka dan cecair pembasmi kuman bagi mengelakkan jangkitan koronavirus?
Menurut Perunding Kanan Penyakit Berjangkit Hospital Sungai Buloh, Dr Benedict Sim, setakat ini tiada keperluan untuk rakyat Malaysia memakai topeng muka memandangkan tiada jangkitan koronavirus baharu antara manusia berlaku di negara ini.
Bagaimanapun, tidak salah jika anda ingin mengambil langkah berjaga-jaga dengan membeli topeng muka. Jika berlaku jangkitan antara manusia, anda boleh menggunakan topeng muka pembedahan yang mempunyai tiga lapisan perlindungan.
Memandangkan koronavirus disebarkan melalui titisan air, tidak semestinya anda perlu memakai topeng muka N95 yang sering diguna untuk menghindarkan penyakit yang tersebar melalui bawaan udara (airborne).
Pusat Kawalan Penyakit Berjangkit (CDC) menyarankan setiap individu untuk menggunakan air dan sabun. Jika tiada air atau sabun, cecair pembasmi kuman boleh digunakan.
Ini berikutan sabun dan air berkesan dalam membasmi pelbagai jenis mikroorganisma dan bahan kimia yang melekat pada permukaan tangan.
Pembersih tangan yang mengandungi sekurang-kurangnya 60 peratus alkohol boleh menghindari penyebaran penyakit berjangkit, namun keberkesanannya kurang jika dibandingkan dengan penggunaan air dan sabun.
Menurut CDC lagi, berbanding air dan sabun, orang ramai yang menggunakan cecair pembasmi kuman cenderung untuk tidak menggunakan pembersih tangan terbabit dengan cara yang betul.
Ada yang menggunakannya pada kuantiti yang sedikit dan ada yang mengelapnya sebelum ia betul-betul kering.
Terdapat beberapa sebab mengapa anda perlu menggunakan air dan sabun ketika membasuh tangan dan bukan cecair pembasmi kuman semata-mata. Ini antara sebabnya:
Jadi, apa anda perlu lakukan jika tiada air dan sabun?
Pastikan cecair pembasmi kuman yang digunakan mempunyai kepekatan alkohol sekurang-kurangnya 60 peratus kerana kepekatan alkohol yang rendah mungkin:
Setakat ini, 3 prinsip pencegahan telah diamalkan bagi mengurangkan penyebaran penyakit terutama di China yang menjadi pusat pada jangkitan koronavirus baharu, iaitu:
Meskipun di Malaysia, orang ramai masih boleh menjalani rutin harian seperti biasa, ke pejabat, menjalani aktiviti sosial dan sebagainya, namun perkara ini mungkin berubah mengikut keadaan semasa.
Justeru itu, lakukan pencegahan awal dengan menggunakan topeng muka setiap kali melangkah keluar dari rumah dan pastikan kerap membasuh tangan dengan sabun atau menggunakan cecair pembasmi kuman.
Alhamdulillah semoga bertambah baik
Alamak! Korang uang ambil Astrazeneca ni ada apa-apa kesan ke?
Takpelah Afifah, tak ada rezeki.... Nanti boleh datang konsert dia okay!❤️❤️❤️
Alamak, takkanlah.. Kan buku puisi Daiyan tu nombor syatu?