Sihat By: Yanie Baharom February 11, 2020 @ 4:19pm

Selain topeng muka, pastikan guna cecair pembasmi kuman yang mengandungi 60 peratus alkohol

Setakat 10 Februari 2020, angka bagi individu yang dijangkiti novel koronavirus (nCoV) telah meningkat kepada 31,728 kes dengan mencatat 1,016 kematian.

Virus yang merebak  ke seluruh dunia ini juga amat membimbangkan rakyat di negara, apatah pula di Malaysia yang dilaporkan sudah terdapat beberapa kes membabitkan jangkitan virus itu.

Melalui kenyataan yang dikeluarkan Kementerian Kesihatan (KKM), seramai 257 pesakit bawah pemantauan (PUI) dengan 161 daripadanya rakyat tempatan, manakala 91 warga China dan selebihnya masing-masing seorang warga Australia, Korea, Jordan, Brazil serta Thailand.

Sumber: YouTube

Tambah menggemparkan, semalam seorang wanita warga Kanada dikatakan rebah di sebuah bangunan kediaman berhampiran pusat beli-belah KLCC kerana disyaki terkena jangkitan koronavirus.

Virus yang mula menganggu ketenteraman warga Malaysia ini memberi petanda bahawa pencegahan awal seperti memakai topeng muka dan cecair pembasmi kuman (sanitizer) tidak boleh dipandang ringan, malah wajib digunakan!

Bagaimanapun, menerusi laporan akhbar utama di negara ini, kebimbangan terhadap jangkitan korornavirus menyebabkan kekurangan stok topeng muka dan cecair pembasmi kuman berikutan sambutan hangat daripada orang ramai.

Permintaan terhadap produk terbabit telah meningkat menyebabkan banyak kedai dan farmasi kehabisan stok, dan lebih membimbangkan ada penjual yang sengaja menaikkan harga topeng muka dan cecair pembasmi kuman bagi meraih keuntungan besar.

Persoalannya, adakah wajib membeli topeng muka dan cecair pembasmi kuman bagi mengelakkan jangkitan koronavirus?

Penjelasan mengenai pemakaian topeng muka

Menurut Perunding Kanan Penyakit Berjangkit Hospital Sungai Buloh, Dr Benedict Sim, setakat ini tiada keperluan untuk rakyat Malaysia memakai topeng muka memandangkan tiada jangkitan koronavirus baharu antara manusia berlaku di negara ini.

Bagaimanapun, tidak salah jika anda ingin mengambil langkah berjaga-jaga dengan membeli topeng muka. Jika berlaku jangkitan antara manusia, anda boleh menggunakan topeng muka pembedahan yang mempunyai tiga lapisan perlindungan.

Memandangkan koronavirus disebarkan melalui titisan air, tidak semestinya anda perlu memakai topeng muka N95 yang sering diguna untuk menghindarkan penyakit yang tersebar melalui bawaan udara (airborne).

Foto: Isreal21

Mengapa perlu guna cecair pembasmi kuman?

Pusat Kawalan Penyakit Berjangkit (CDC) menyarankan setiap individu untuk menggunakan air dan sabun. Jika tiada air atau sabun, cecair pembasmi kuman boleh digunakan.

Ini berikutan sabun dan air berkesan dalam membasmi pelbagai jenis mikroorganisma dan bahan kimia yang melekat pada permukaan tangan.

Pembersih tangan yang mengandungi sekurang-kurangnya 60 peratus alkohol boleh menghindari penyebaran penyakit berjangkit, namun keberkesanannya kurang jika dibandingkan dengan penggunaan air dan sabun.

Menurut CDC lagi, berbanding air dan sabun, orang ramai yang menggunakan cecair pembasmi kuman cenderung untuk tidak menggunakan pembersih tangan terbabit dengan cara yang betul.

Ada yang menggunakannya pada kuantiti yang sedikit dan ada yang mengelapnya sebelum ia betul-betul kering.

Terdapat beberapa sebab mengapa anda perlu menggunakan air dan sabun ketika membasuh tangan dan bukan cecair pembasmi kuman semata-mata. Ini antara sebabnya:

  • Cecair pembasmi kuman kurang berkesan pada tangan yang kotor dan berminyak. Kajian yang dijalankan untuk menguji keberkesanan pembersih tangan itu kebanyakannya dibuat pada pekerja hospital.
  • Cecair pembasmi kuman tidak mampu membersihkan racun perosak atau keluli berat daripada tangan. Kajian pada tahun 2012 oleh Gloria DC telah menunjukkan bahawa mereka yang menggunakan cecair pembasmi kuman mempunyai paras racun perosak yang tinggi berbanding mereka yang menggunakan air dan sabun.

Jadi, apa anda perlu lakukan jika tiada air dan sabun?

Pastikan cecair pembasmi kuman yang digunakan  mempunyai kepekatan alkohol sekurang-kurangnya 60 peratus kerana kepekatan alkohol yang rendah mungkin:

  • Tidak berkesan untuk membasmi pelbagai jenis kuman
  • Tidak membasmi, hanya merencatkan pertumbuhan kuman
  • Apabila anda menggunakan cecair pembasmi kuman, gunakan pada keseluruhan tangan dan pastikan ia kering dengan sendiri. Jangan gunakan kain atau peralatan lain untuk mengeringkan tangan anda

Setakat ini, 3 prinsip pencegahan telah diamalkan bagi mengurangkan penyebaran penyakit terutama di China yang menjadi pusat pada jangkitan koronavirus baharu, iaitu:

  • Basuh tangan secara kerap
  • Pakai topeng muka
  • Elak daripada pergi ke tempat yang ramai orang

Meskipun di Malaysia,  orang ramai masih boleh menjalani rutin harian seperti biasa, ke pejabat, menjalani aktiviti sosial dan sebagainya, namun perkara ini mungkin berubah mengikut keadaan semasa.

Justeru itu, lakukan pencegahan awal dengan menggunakan topeng muka setiap kali melangkah keluar dari rumah dan pastikan kerap membasuh tangan dengan sabun atau menggunakan cecair pembasmi kuman.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Mon, 5 Nov 2018

Ini Penjelasan Saintifik Mengapa Menguap Boleh Berjangkit!

Cuba menguap sekarang sebelah rakan anda, boleh berjangkit atau tidak?

Featured Wed, 26 Jun 2019
Featured Fri, 24 Aug 2018

Malas Bersenam? Hidu Jenis Makanan Ini Sekerap Mungkin Untuk Dapatkan Tubuh Idaman Anda

Menghidu epal hijau dan pisang dipercayai mampu membantu anda mengurangkan selera makan.

Sihat Fri, 25 May 2018

5 Snek Sihat Yang Boleh Kembalikan Tenaga Anda Selepas Penat Bersenam

Kalau anda rasa macam nak pengsan dari kepenatan, cuba makan snek ini.

Sihat Sun, 5 Aug 2018

Langkah-Langkah Awal Yang Perlu Anda Lakukan Apabila Telinga Dimasuki Serangga

Serangga yang ‘terkubur’ di dalam telinga anda boleh menyebabkan jangkitan kuman.

Featured Mon, 31 Dec 2018

5 Kebaikan Fish Oil Kepada Kesihatan Manusia

Kajian telah menunjukkan bahawa fish oil dan suplemen omega-3 dapat memperbaiki gejala kemurungan. 

Sihat Mon, 21 Oct 2019

Yap Chan Kor, pusat perubatan tradisional untuk sakit kronik

Apakah yang dimaksudkan dengan sakit kronik?

Featured Fri, 5 Oct 2018

Fahami Perbezaan Jenis Gula, Apa Yang Perlu Dan Tidak Perlu Untuk Tubuh Anda

Gula jenis fruktosa adalah yang paling asli dan berupaya membekalkan tenaga dan sangat menyihatkan tubuh.

Sihat Tue, 15 Oct 2019

Anda mempunyai gastrik? Ketahui puncanya

Ramai yang tidak perasan akan punca berlakunya gastrik