Sihat By: Yanie Baharom July 12, 2018 @ 5:00pm

Urutan Kaca Bukan Saja Menghilang Stres Tetapi Dapat Runcingkan Wajah. Wow!

Adakah anda mengalami stres? Jika iya lakukan urutan menggunakan gelas kaca ini di rumah.

Rawatan diinspirasikan dari negara Korea itu, semakin mendapat sambutan di kalangan warga tempatan semenjak diperkenalkan Perunding Kecantikan dan Kecergasan, Noredawati Zulkifli, yang mempopularkan jenis rawatan baru itu di Malaysia.

Noredawati berkata, rawatan gelas kaca bermula di bahagian wajah, kepala dan belakang badan berupaya mengurangkan tekanan dialami wanita, terutama yang bekerja.

“Urutan dilakukan secara membulat dengan menekan bahagian bermasalah menggunakan gelas kaca. Teknik ini jika diamalkan setiap minggu boleh membantu meruncingkan wajah, melegakan sakit kepala dan lenguh badan,” katanya.

Ujarnya lagi, setiap kali individu mengalami stres, tubuh menghasilkan hormon adrenalin dan cortison menyebabkan jantung berdegup lebih laju, pernafasan lebih kencang dan tekanan darah meningkat.

Justeru, mereka perlu mencari alternatif untuk melegakannya dengan pelbagai cara, antara yang dicadangkan ialah menggunakan teknik urutan.

Foto: Berita Harian

Terapi dengan kaedah mengurut menggunakan gelas kaca bagi melegakan urat di bahagian belakang badan, membantu melancarkan perjalanan darah di sekitar wajah dan kepala.

Menyediakan perkhidmatan spa bergerak sejak enam tahun lalu, Noredawati menambah, ramai pelanggan wanita yang berusia antara 23 hingga 28 tahun sudah mendapatkan terapi itu bagi mengurangkan tekanan atas faktor tertentu.

“Perkhidmatan ini bukan untuk mengaut keuntungan, sebaliknya membantu wanita mengurangkan tekanan menerusi teknik urutan dan terapi gelas kaca ini dengan pakej bayaran harga rendah,” katanya.

Tidak lokek berkongsi ilmu, Noredawati berharap perkongsiannya dapat membantu wanita tampil cergas dan bebas daripada tekanan dengan cara ini.

“Saya juga tidak kisah berkongsi pengalaman dan mendengar masalah dialami wanita sepanjang menjalankan terapi ini,” katanya. 

Menyifatkan kehidupan wanita zaman sekarang sentiasa sibuk dan dibebani tekanan berbanding zaman dahulu, memandangkan golongan ini punya peranan yang sama seperti suami, menjana pendapatan untuk keluarga.

Foto: Berita Harian

Sumber: Berita Harian

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Sihat Wed, 26 Dec 2018
Sihat Tue, 15 Jan 2019

Endometriosis, antara punca wanita sukar untuk hamil 

Senggugut atau sakit ketika haid antara gejala endometriosis

Featured Wed, 18 Mar 2020

Perintah Kawalan Pergerakan mungkin dilanjutkan

Kerjasama setiap rakyat dapat kekang penularan COVID-19

Featured Wed, 16 Oct 2019

Tidur sebentar pada waktu siang bagus untuk jantung, menurut kajian

Jika anda tidur siang, tidak semestinya anda malas!

Featured Sun, 29 Mar 2020
Featured Sun, 7 Oct 2018

Walaupun Sakit Menyerang Bertubi-Tubi, Pesakit-Pesakit Kanser Ini Tekad Teruskan Hidup

Ketahui dugaan yang menimpa dan apa tindakan mereka untuk bangkit.

Featured Wed, 26 Jun 2019
Featured Sun, 5 Apr 2020
Featured Fri, 10 Apr 2020

Tempoh PKP dilanjutkan sehingga 28 April

Fasa tiga bermula 15 April 2020