Categories: TECHTrending Hari Ini

Bagaimana Untuk Membaiki Isu Whatsapp Skrin Putih Di iPhone X

Senarai masalah yang dihadapi pengguna iPhone X sangat banyak. Salah satu masalah yang diperhatikan di iPhone X selepas ia dinaik taraf kepada iOS 12 ialah WhatsApp muncul sebagai skrin putih kosong. Tidak ada sesi perbualan atau kenalan yang muncul di aplikasinya. Tiada masalah dengan mesej yang dihantar kepada anda, anda menerima mesej seperti biasa tetapi apabila anda membuka mesej, anda dibawa ke halaman putih kosong. Jika anda mencari penyelesaian untuk masalah ini, berikut kami kongsikan langkah-langkah yang mungkin dapat membantu anda mengatasi masalah tersebut.

Langkah 1: Buka kunci iPhone X anda.

Langkah 2: Pergi ke menu utama.

Langkah 3: Klik pada ikon WhatsApp dan hold.

Langkah 4: Ia akan mula bergetar, klik pada ikon “x” kecil yang muncul di sudut kanan atas.

Langkah 5: Ini akan memadam WhatsApp dari iPhone X anda.

Langkah 6: Perkara seterusnya yang perlu anda lakukan adalah restart semula iPhone X anda.

Langkah 7: Cari WhatsApp di App Store dan install semula pada iPhone X anda sekali lagi.

sumber: gizbot.com

SGMS Putri