Categories: TECHTech News

Tips Memadam Gambar Yang Tidak Diingini (Junk File) Pada Whatsapp

Mematikan proses “Auto Download” berkemungkinan akan menyebabkan anda terlepas informasi terkini daripada ahli – ahli yang lain pada kumpulan Whatsapp.

Berikut kami kongsikan salah satu alternatif untuk untuk anda memadam gambar – gambar yang tidak diingini ataupun sering dikenali dengan nama ” Junk File” pada Whatsapp.

Caranya sangat mudah, pasang aplikasi Junk Photo & Video Cleaner atau Siftr Magic Cleanerdaripada laman sesawang ApkPure.com.

 

1. Junk Photo & Video Cleaner

 

2. Siftr Magic Cleaner

 

Setelah siap dipasang, jalankan sahaja aplikasi tersebut untuk mengesan fail – fail yang perlu dipadam. ianya sangat mudah dan mesra pengguna.

Untuk makluman anda, aplikasi -aplikasi tersebut telah dilengkapi kemampuan Arificial Intelligence (AI)  untuk mengenal pasti fail – fail yang tidak berfaedah seperti gambar pendua, meme dan lain – lain lagi yang telah dimuat turun pada peranti Android anda. Yang mana fail – fail tersebut boleh menyebabkan storan peranti anda akan dibazirkan ruangannya.

Selamat mencuba!

SGMS Putri