Menggantikan paparan skrin peranti yang retak menjadi semakin mahal pada hari ini, jadi daya tahannya adalah amat penting. Sehubungan itu, syarikat pengeluar panel skrin dari Amerika, Corning telah memperkenalkan Gorilla Glass 6 bagi menyambung delegasi Gorilla Glass 5.
Gorilla Glass menjadi satu panel yang sangat penting dalam memastikan skrin bukan sahaja mendapat lebih sedikit kesan calar, malah ia juga bagi membantu melindungi bahagian dalaman skrin paparan sekiranya peranti terjatuh atau terlepas daripada genggaman pengguna.
Corning dalam kiriman di laman sesawang mereka mendakwa, Gorilla Glass 6 mampu bertahan sebanyak 15 kali jatuhan jika terjatuh daripada ketinggian 1 meter dan ke bawah. Ia juga dikatakan mempunyai daya tahan dua kali ganda berbanding Gorilla Glass 5.
Panel ini dijangka akan mula dipasang pada peranti–peranti yang akan dilancarkan dalam beberapa bulan akan datang. Malah terdapat juga laporan mengatakan Apple mahu menggunakan panel kaca ini bagi melindungi paparan skrin model iPhone mereka yang dikatakan akan diperkenalkan hujung tahun ini.
Syoknya dah halal! Selamat Pengantin Baru, Afifah & Husband!
Sedih pula dengar luahan hati Aliff Aziz untuk Bella...
Kita hormat keputusan Syasya okay.. Apa apun, Dolla sentiasa di hati!
Wah, MK jadi jahat!
Ada lagi yang Aliff ak puas hati kot tu..
Ada betul juga cakap Michael kan?