Categories: TECHTech News

Kunci Windows Menggunakan Telefon Pintar

Windows 10 telah memperkenalkan satu kaedah unik untuk mengunci windows sekiranya pemiliknya beredar ataupun berjauhan Pada PC ketika sedang melakukan kerja. Maklumlah, risau juga untuk membiarkan windows yang tidak berkunci ditempat terbuka.

Sistem ini dinamakan Dynamic Lock. Cara untuk mengaktifkannya sangat mudah, ikuti sahaja langkah-langkah berikut.

Pertama sekali masuk ke Setting dan pilih menu Devices.

 

Seterusnya aktifkan Bluetooth

 

Kemudian “paired” kan Windows anda dengan telefon pintar.

 

Seterusnya pergi kehalaman Setting sekali lagi dan pilih menu Accounts

 

Pilih pada menu Sign-In dan skroll kebawah.

 

Anda akan menjumpai satu fungsi yang dinamakan Dynamic Lock, apa yang perlu anda lakukan ialah aktifkan menu tersebut. Selesai

 

Maka dengan itu, apabila anda menjauhkan telefon pintar daripada PC tersebut Windows akan segera berkunci sebagai langkah keselamatan.

Selamat mencuba!

SGMS Putri