Categories: TECHTech News

Lancar Kemaskini Terbaru, Yahoo Mail Kini Lebih Pantas & Hebat

Siapa pengguna setia Yahoo Mail di sini? Jika anda ada menyemak e-mel anda setakat hari ini, anda pasti perasan Yahoo Mail kini tampil dengan kemaskini personalization baharu dan lebih pantas dan smooth berbanding biasa.

Perubahan itu muncul selepas 10 bulan Yahoo Mail melancarkan reka bentuk semula laman utama dan dan merupakan lanjutan dari beberapa tema yang diperkenalkan syarikat itu pada suatu masa dahulu.

Menyentuh pelancaran kemaskini personalization terbaru, terdapat ciri hebat diperkenalkan atas permintaan ramai antaranya pengguna Yahoo Mail kini boleh menetapkan gambar latar belakang dibelakang antara muka sebenar. Boleh letak gambar sendiri lepas ni!

Jika dulu anda hanya boleh menukar warna solid, kini anda boleh menggunakan gambar anda bersama pasangan, pemandangan atau apa saja mengikut kegemaran. Cool kan?

Berintegrasi dengan kalendar anda lebih pintar selepas ini


Pengguna Yahoo Mail kini boleh mencipta dan menghantar jemputan kalendar terus dari Yahoo Mail. Ia juga bermakna anda boleh terus menerima (accept) atau menolak (reject) setiap jemputan kalendar tanpa membuka e-mel itu sendiri. Hanya dari luar saja!

Mesej auto reply out-of-office’ anda kini lebih interaktif
Jika anda out-of-office dan tidak berkesempatan membalas setiap e-mel kerana bercuti atau sebagainya, pasti anda menetapkan mesej auto reply kan? Kini, mesej auto reply anda lebih seronok dengan adanya GIFs dan peralatan menulis custom yang disediakan supaya setiap mesej ouf-of-office yang dihantar lebih interaktif!

Banyakkan kemaskini terbaru Yahoo Mail? Enjoy guys!

SGMS Enal