Sebuah syarikat pengeluar dari China, Leagoo dijangka akan memperkenalkan sebuah peranti baru, Leagoo S10 tidak lama lagi. Apa yang menjadi tumpuan pada peranti ini ialah ia dikatakan akan hadir dengan pengimbas cap jari dalam skrin.
Teknologi yang pertama kali di bawa masuk oleh syarikat Vivo pada peranti X20 Plus UD ini biasanya akan hadir pada peranti kelas perdana. Apabila Leagoo S10 ini dilancarkan kelak, ia berkemungkinan besar akan menjadi peranti termurah yang menggunakan teknologi tersebut.
Kredit : Leagoo Smartphone@Youtube
Melihat kepada reka bentuk Leagoo S10 dalam video di atas, peranti ini kelihatan sama seperti iPhone X pada bahagian hadapannya. Manakala pada panel belakangnya pula kelihatan menggunakan tona warna yang pelbagai, hampir sama seperti Huawei P20 Pro.
Tiada maklumat berkenaan spesifikasi lain serta harga jualan peranti setakat hari ini. Namun, pemerhati industri menganggarkan ia tidak akan dijual pada harga melebihi $500(~RM2,030) memandangkan Leagoo S9 cuma dijual pada harga $300(~RM 1,218) semasa dilancarkan pada awal tahun ini.
Pandangan mata Bella tu penuh dengan rasa cinta untuk Aliff Aziz 🥲🥹 Sedihnya..
Kita tak rasa apa yang isteri Caprice lalui..
Gila betul orang zaman sekarang ni ek 🥵
Alhamdulillah tahniah Tyra dan Emran
Kenapa takut tu? Suara Bella cute je min dengar 😅