Categories: Featured

Walk Of Fame Dirosakkan, Tanda Protes Vandalisme Terhadap Donald Trump!

Sebagai tanda protes atau tidak bersetuju dengan kepimpinan Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump, barangkali seorang vandalisme bertindak merosakkan Bintang ‘Walk of Fame’ milik beliau.

Susulan kejadian itu, polis telah menahan seorang suspek lelaki bagi membantu siasatan. Kejadian dilaporkan berlaku jam 3.30 pagi semalam (Rabu).

Foto: consequenceofsound.net

Pelancong kelihatan mengerumuni dan mengambil gambar bintang ‘Walk of Fame’ itu pada Rabu, malah ada yang bertindak mengambil beberapa kepingan batu yang telah hancur sebagai kenangan.

Trump menerima bintang berkenaan pada 2007 atas program realiti ‘The Apprentice’. Ini kali kedua ia dirosakkan selepas insiden pertama sebelum pilihan raya Amerika Syarikat pada November 2016.

Sumber: Astro Awani 

Yanie Baharom