Categories: #ThrowbackXTRA

#ThrowbackXTRA: Elizabeth Tan Hargai Momen Indah Sepanjang 1 Dekad Dalam Industri

Untuk menempa nama selama 10 tahun di dalam industri hiburan tanah air, bukanlah sesuatu perkara yang mudah.

Namun, kenangan manis yang menjadi pembangkit semangat dalam setiap karier seni penyanyi Elizabeth Tan mendorongnya untuk melangkah lebih besar dan terus menapak dalam industri seni.

Menerusi segmen #ThrowbackXTRA minggu ini, Elizabeth Tan atau lebih mesra disapa sebagai Lizzy tampil berkongsi momen berharga sepanjang bergelar anak seni.

Impian Jadi Kenyataan

Menurut Lizzy, dia sentiasa bercita-cita untuk menceburi industri seni tanah air sejak di bangku sekolah lagi.

“Sejak sekolah menengah lagi saya nak sangat masuk industri seni, tapi tak tahu which bidang. Saya selalu nak jadi antara yang tersenarai dalam MTV VJs hahaha dulu kan ada VJ.

“Tapi, kadang-kadang saya harap that i properly used my brains and studied something STEM (science, technology, engineering, mathematics) related.

“Saya rasa saya akan enjoy things that had to do with quantum physics. I love reading and watching videos and learning about this subject till today,” katanya.

Momen Manis Yang Kekal Tersemat Dalam Ingatan

Tambah Lizzy, terlalu banyak kenangan manis yang masih kekal dalam ingatannya sehingga kini meskipun baru 10 tahun menapak dalam dunia hiburan.

“Banyak sangat kenangan manis sepanjang jadi anak seni ni. Yang paling saya ingat dulu bila baru masuk industri ni dan dapat masuk AJL dan dapat jumpa ramai artis Malaysia untuk kali pertama.

“Saya sangat terharu bila semuanya sangat baik dan friendly to me. Ramai antara mereka yang jaga dan bimbing saya  with their friendships and it was really sweet,” jelasnya.

Dalam pada itu, pelantun lagu Knock Knock ini juga turut meluahkan rasa terharu apabila mengimbau semula kenangan manisnya bersama peminat yang menyokong kerjaya seninya sehingga kini.

“Ramai juga peminat yang kejutkan saya with so many beautiful moments. They have given me much more than i have ever given them.

“Banyak sangat moment indah saya bersama mereka sampai tak terkira dan saya hargai sangat mereka yang selalu dengan saya dari dulu sampai sekarang.

“It has been a super smazing journey. Basically every sweet moment was because i have been surrounded by so many wonderful people that i have met along the way,” katanya.

Berlakon Atau Menyanyi?

Memulakan kerjaya seninya sebagai penyanyi, Elizabeth mengakui dirinya kini lebih gemar menjadi seorang pelakon.

Malah, penyanyi itu juga sempat berkongsi perancangan kerjayanya dalam masa akan datang.

“Untuk tahun 2023, saya focus more kepada lakonan. Tapi untukk 2024, mungkin focus tu akan tukar balik ke arah nyanyian.

“Sekarang saya ada tiga single yang dah plan, semua dah dapat demo tapi belum record. One of the songs is lagu english! Excited jugak la untuk release lagu-lagu ni because i think they are going to be my best songs so far.

“Tapi kalau tanya saya, bidang mana favourite dalam hati saya, for sure it is always going to be acting. I have always loved acting and pretending to be a different character since saya kecil lagi. To be able to do it as a career now is literally a dream come true,” jelasnya.

Fatin Nurain