Categories: Trending

“5 Tahun Kahwin, Tak Pernah Honeymoon Dengan Syatilla” – Shaheizy Sam

Pasangan selebriti popular, Shaheizy Sam dan Syatilla Melvin mendedahkan mereka tidak pernah berbulan madu walaupun sudah lima tahu mendirikan rumah tangga.

Menyambut ulang tahun perkahwinan pada 8 Februari lalu, Sam dan Tilla sepatutnya bercuti namun terpaksa dibatalkan.

“Kami tak pernah berbulan madu semenjak kahwin. Tahun ini kami sepatutnya pergi honeymoon sempena ulang tahun perkahwinan yang kelima.

 

 

“Ia sudah dirancang tetapi disebabkan Perintah Kawalan Pergerakan, semuanya ditangguhkan,” kata Sam.

Menggantikan bulan madu, Sam dan Tilla berkongsi hari bahagia mereka bersama peminat-peminat pada Malam Virtual Pengaseh secara ‘live streaming’ di Facebook Shaheizy Sam dan YouTube SamTilla TV baru-baru ini.

Tambah Tilla, tarikh terbabit sangat bermakna bukan sahaja meraikan ulang tahun perkahwinan tetapi meraikan sambutan kelahiranya yang ke-30.

 

 

“Di usia ini, saya sangat bersyukur kerana dikurniakan sebuah keluarga yang serba lengkap, suami yang banyak memberikan dorongan serta perniagaan yang saya ceburi bersama Sam, mendapat respon yang baik.

“Saya berharap dengan adanya Pengaseh yang kami usahakan bersama, ia akan terus menjadi pengikat kasih sayang kami dan membuka peluang peminat untuk bersama-sama kami didalam Pengaseh. Saya sangat bersyukur kerana dapat berkongsi rezeki dengan orang lain yang sama-sama ingin berjaya dalam perniagaan,” katanya lagi.

Padin