Trending By: Padin January 28, 2022 @ 10:51am

“Hadiah Anniversary Sampai Lambat” – Sempena Ulang Tahun Perkahwinan Pertama, Ayda Jebat & Nabil Mahir Beli Banglo 3 Tingkat

Pasangan selebriti Ayda Jebat dan Nabil Mahir menyambut ulang tahun perkahwinan pertama mereka pada 1 Januari lalu.

Bersempena tanda ingatan menyambut hari bahagia, Ayda dan Nabil membeli banglo tiga tingkat sebagai hadiah ulang tahun perkahwinan.

“Alhamdulillah, bersempena ulang tahun perkahwinan pertama kami yang disambut 1 Januari lalu, kami berdua menghadiahkan kediaman ini kepada diri sendiri.

“Rezeki datang mencurah semenjak sebelum berkahwin. Selepas bekerja keras siang dan malam, kami berjaya membeli rumah yang diidamkan. Kami juga melihat ini sebagai rezeki anak kesayangan kami, Ana Nayla.

“Berkat doa ibu bapa kami, rakan-rakan serta peminat yang sentiasa menyokong, semuanya dipermudahkan. Syukur kepada Allah yang memberikan rezeki tidak putus-putus,” kata Ayda.

Namun begitu, pelantun lagu Pencuri Hati ini tidak mahu mendedahkan harga kediaman yang dibeli oleh mereka.

“Bercakap soal harga, biarlah kami simpan sendiri. Apa yang penting, segalanya berbaloi apabila melihat rumah sendiri tersergam indah di hadapan mata kami.

“Sebelum kahwin kami dihujani rezeki, selepas bernikah pun kerjaya berjalan seperti biasa. Kami tak putus bekerja biarpun pandemik melanda, sangat bersyukur kerana rezeki selalu ada.

“Rezeki anak juga membuatkan perjalanan kami mahu memiliki rumah ini menjadi lebih lancar. Sewaktu saya hamil pada tahun lalu, saya aktif menjalankan pelbagai kempen,” katanya lagi.

Menerusi kemas kini di laman Instagram pasangan itu, Ayda dan Nabil memuat naik momen yang dirakamkan di hadapan kediaman mereka.

Ayda dan Nabil mendirikan rumah tangga pada 1 Januari 2021 dan mereka dikurniakan anak perempuan, Ana Nayla pada 21 September 2021.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Tue, 12 Dec 2023
Featured Tue, 8 Aug 2023
Trending Mon, 15 Jul 2019

Helping the Needs with “Suspended Meals”

We all believe in the saying “Giving Will Always Lead to Receiving” and it’s not all about money.

Featured Tue, 11 Oct 2022

Diangkat Dari Kisah Benar, Filem Sayap-Sayap Patah Hampir Tidak Diterbitkan

Korang jangan lupa tengok! Sediakan tisu okay..😢

Trending Tue, 4 Feb 2020
Featured Tue, 18 Apr 2023

Perjelas Salah Faham Kenyataan Ibu Mentua, Puteri Sarah Bakal Sambut Aidilfitri Di Kuala Lumpur

Boleh Syaikhul dan sumayyah beraya dengan atok dan neneknya❤️