Featured By: Marcella November 25, 2021 @ 3:10pm

Dah Kenapa Camping & Masak Mi Segera Dekat Tapak Parkir? Sekumpulan Pemuda Kena Kecam Berkhemah Di Genting Highlands

Sebuah klip video menunjukkan sekumpulan pemuda bertindak memasang khemah di kawasan tempat parkir kereta di Genting Highlands dalam aplikasi TikTok pada Isnin.

Malah, tindakan mereka itu mendapat kecaman netizen kerana tidak menyukai dengan aktiviti mereka.

@_dattebayo8

#gentinghighlands

♬ bunyi asal – Mhd Aizzat – Mhd Aizzat

Menerusi video tular yang dimuat naik di laman TikTok oleh pengguna bernama @_dattebayo8, berkongsi mengenai sekumpulan pemuda yang sedang memasang khemah di kawasan yang tidak sepatutnya.

Memburukkan lagi keadaan, ada yang siap memasak makanan seperti mi segera di kawasan terbabit!

Walaupun terdapat banyak tempat penginapan di Genting Highlands, sekumpulan pemuda itu tetap memilih untuk memasang khemah di tempat itu.

“Suka hati kamu je buat begitu” – Netizen

Sementara itu di ruangan komen, rata-rata netizen kecewa dan tidak berpuas hati dengan tindakan sekumpulan pemuda yang memilih untuk berkhemah di tempat tersebut.

Malah, ada netizen yang menganggap sekumpulan pemuda itu sebagai orang gua yang baru mahu menerokai cara hidup bandar.

Perkongsian video itu telah meraih lebih 234,400 tontonan dan 7504 tanda suka sejak ia dimuat naik pada Isnin.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Trending Fri, 11 Oct 2019

Belanjawan 2020 Akan Dibentangkan Hari Ini

Belanjawan 2020 juga merupakan belanjawan kedua kerajaan Pakatan Harapan, sejak ia memerintah pada Mei 2018.

Trending Thu, 3 Dec 2020
Trending Tue, 8 May 2018

Gunung Berapi Di Pulau Hawaii Meletus

Gunung Berapi Di Pulau Hawaii Meletus Ribuan Penduduk Diarahkan Berpindah

Trending Sat, 27 Mar 2021

Dana Dalam Tabung Merah RMHC Di McD Untuk Siapa? Ha, Ini Yang Patut Anda Tahu…

Untuk memelihara generasi masa hadapan, kebajikan kanak-kanak di Malaysia perlu diberikan keutamaan, lebih-lebih lagi kanak-kanak yang berasal daripada keluarga yang kurang berkemampuan. Kempen Baik Semula RMHC Malaysia dengan kerjasama McDonald’s Malaysia dan Media Prima mengajak […]

Featured Sat, 5 Nov 2022
LIFESTYLE Thu, 6 Sep 2018

Kaum Lelaki, Awas Dengan Jenis Serangan Ini!

Lelaki pun ada penyakit yang digelar pembunuh dalam senyap. Nak tahu jom baca perkongsian ini