Ludah Sisa Makanan Di Pinggan Suami, Netizen Label Isteri Jenis Ini Menjijikkan – “Orang Beradap Lebih Baik Dari Orang Berilmu”

Tular sebuah video yang dimuat naik menerusi laman sosial Facebook Tik Tok Viral Gadis Manis yang memaparkan seorang wanita yang dipercayai isteri telah ‘meludah’ sisa makanan ke dalam pinggan pasangannya.

Video berdurasi 11 saat itu menunjukkan pasangan ini sedang menikmati hidangan sebelum wanita berkenaan bertindak ‘meludah’ sisa makanan tersebut ke dalam pinggan suaminya yang kelihatannya sedang menikmati makanannya.

Bagaimanapun, tanpa menghiraukan perbuatan wanita itu, si suami dilihat selamba memakan semula sisa makanan tadi.

Perbuatan yang disifatkan jijik ini ternyata mengundang rasa kurang senang dalam kalangan netizen yang rata-ratanya menyelar tindakan wanita tersebut.

Selain itu, ada juga yang memberi pandangan bahawa masyarakat sekarang lebih gemar tampil dengan ‘content’ murahan sehingga mengetepikan sifat malu dan adab sopan yang sepatutnya ada dalam diri setiap manusia.

Setakat ini, video tersebut mendapat lebih satu juta tontonan dan lebih 5,000 respon dari netizen sejak ia dimuat naik.

Salma Syahbuddin