Categories: Kisah ViralTrending

“Semua Orang Idam Rumah Tangga Bahagia” – Sah Cerai Talak Satu, Bekas Menantu Zainal Abidin Enggan Bermusuh Dengan Bekas Suami Demi Anak-Anak

Selepas enam bulan bergelut dengan konflik rumah tangga, anak dan menantu kepada bekas jurulatih bola sepak kebangsaan, Datuk Zainal Abidin Hassan iaitu Zaiza Zainal Abidin dan isterinya, Suzur Sofia sah bercerai talak satu hari ini.

Artikel berkaitan: Anak & Menantu Zainal Abidin Sah Bercerai Talak Satu Selepas 6 Bulan Gantung Tak Bertali –  “Harap Dia Tak Abai Nafkah”

Susulan itu, menerusi hantaran terbaharu Sofia, dia menyatakan bahawa mereka telah mencuba yang terbaik untuk rumah tangga mereka dan mengidamkan rumah tangga yang bahagia namun tidak kesampaian.

Malah, Sofia meminta untuk berdamai dan berbaik demi masa depan anak-anaknya.

“Semua orang mengidamkan sebuah rumah tangga yang bahagia disamping orang tersayang.

“We both have tried our best. Berdamai dan berbaik demi masa depan anak-anak. Tanggungjawab itu sangat penting,” ujarnya.

Dalam pada itu, bekas menantu Zainal Abidin ini memaklumkan bahawa dia tidak pernah berdendam mahupun bermusuh kerana bekas suaminya tetap ayah kepada zuriatnya.

“Saya tak pernah berdendam atau nak bermusuh kerana dia tetap ayah kepada anak-anak. Cuma minta kerjasama pada masa akan datang. Terima kasih,” tulisnya lagi.

Sebelum ini, Sofia mendedahkan bahawa dirinya digantung tidak bertali apabila suaminya enggan menceraikannya.

Dia juga mendakwa Zaiza enggan memberi nafkah dan menghalangnya daripada berjumpa dengan anak-anak.

Artikel berkaitan: “Dia Cakap Nak Gantung Saya Tak Bertali” – Enggan Lafaz Cerai, Anak Zainal Abidin Hassan Letak 4 Syarat Terhadap Isteri

Artikel berkaitan: “Mana Buktinya?” – Disebabkan Kerjaya, Menantu Zainal Abidin Bengang Didakwa Curang?

Artikel berkaitan: “Memang Patut Bapak You Mati” – Menantu Bengang Dengan Anak Zainal Abidin, Dedah Suami Ditanggung Bapa Mentua?

Atiqah Johari