Tular Kembali Video Mawla Amin Di KLIA Tinggalkan Malaysia, Netizen Sedih – “Apa Salah Dia Hingga Dibenci?”

Baru-baru ini kecoh di media sosial mengenai seorang lelaki dikenali Mawla Amin yang mendakwa sebagai warga Maghribi dan berada dalam jalur keturunan Nabi Muhammad SAW dipantau pihak berkuasa di negara ini.

Oleh itu, polis akan memantau daripada aspek ketenteraman awam membabitkan individu berkenaan termasuk pengikutnya.

ARTIKEL BERKAITAN: Cuba Wujud Kerajaan 9 Kepada Pengikut, Pihak Berkuasa Pantau Kegiatan Mawla Amin

Terbaharu, tular kembali di media sosial sebuah rakaman video yang memaparkan Mawla Amin sedang berada di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA).

Difahamkan keberadaan Mawla Amin itu di KLIA adalah bagi tujuan transit pada November tahun lalu.

Video berdurasi lebih 1 minit itu memaparkan Mawla bertegur sapa dengan pengikutnya sebelum bergerak ke balai pelepasan.

Mawla juga turut mengucapkan salam dan memohon doa kepadanya lalu melaungkan takbir Allahu Akbar.

“Kenapa korang dengki dengan Mawla kami. Apa salah dia hingga dibenci.

“Kalau one day orang tak respect agama Islam kau jangan nak marah sangat. Kau sendiri tak hormat orang yang mengajar agama. Cuba pergi check lebih lagi pasal Mawla.

“Nanti jumpalah tu. Bawak bertaubat lah. Tak fasal-fasal merangkak kau dekat padang Mahsyar kelak,” tulis di perkongsian tersebut.

Menjengah ke ruangan balas, rata-rata pengguna turut memberikan pelbagai reaksi terhadap perkongsian tersebut.

Terdahulu, media melaporkan, pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM) memantau kegiatan seorang lelaki mendakwa warganegara Maghribi yang dikenali dalam kalangan pengikutnya sebagai ‘Mawla Amin’ yang mengaku bahawa mempunyai jalur keturunan ke-38 daripada Nabi Muhammad SAW.

Seorang mudir sebuah madrasah di Selangor yang turut aktif mempromosi Mawla Amin mengutip dana awam secara tidak sah selain cuba mewujudkan satu penempatan Kerajaan 9 di Melaka sebagai persiapan akhir zaman kepada pengikutnya.

Ketua Polis Negara Tan Sri Razarudin Husain berkata PDRM sedang memantau pergerakan Mawla Amin dan pengikutnya termasuk madrasah itu yang beroperasi di Selangor.

ARTIKEL BERKAITAN: “Berdiam Itu Lebih Baik” – Umie Aida Mohon Bersangka Baik, Harap Isu Maula Diselesaikan Cara Baik

Khairil Khusyairi