Categories: HiburanTrending

Penyanyi Lagu Anak Tupai, Halim Yazid Kahwin Kali Kedua Dengan Wanita Usia 21 Tahun – “Dia Peminat Saya, Perkenalan Kami Sangat Unik”

Legenda dikir barat Kelantan, Halim Yazid, 64, memaklumkan dia telah mendirikan rumah tangga bersama peminatnya, Farhana, 21 sebagai isteri kedua.

Memetik laporan Harian Metro, Halim berkongsi detik perkenalan dengan isterinya yang disifatkan sebagai unik.

Malah, perkahwinan mereka turut diketahui oleh isteri pertama Halim.

“Perkenalan dengan isteri kedua ini sangat unik kerana sebelum ini dia pernah mengasuh anak sepupu, kemudia kami berkenalan di media sosial.

“Lebih menarik kerana dia juga berasal dari Kelantan dan merupakan peminat saya. Walaupun masih muda, namun dia tahu lagu-lagu dikir yang dinyanyikan oleh saya.

“Apa yang boleh saya katakan, isteri pertama tahu mengenai hubungan kami, mereka berdua tidak bergaduh,” ujarnya.

Hasil perkahwinan dengan isteri keduanya, Halim memiliki seorang anak perempuan yang kini berusia enam bulan.

Manakala, Halim mempunyai lapan orang anak menerusi perkahwinannya dengan isteri pertama.

Untuk makluman, Halim terkenal menerusi lagu Anak Tupai dan menjalankan perniagaan nasi lemak dan nasi berlauk sejak tujuh bulan lalu selain menyanyi.

Kongsinya lagi, dia disangka sudah tidak aktif dalam bidang nyanyian kerana banyak menerima undangan persembahan di acara tertutup.

“Daripada otak jadi tepu tak buat apa-apa di rumah, lebih baik saya lakukan sesuatu. Dapat juga tambah pendapatan.

“Lagipun saya buka gerai sebab nak jumpa peminat, ada di antara mereka yang datang semata-mata untuk bergambar dengan saya.

“Jadi jika ada undangan persembahan, saya terpaksa tutup gerai. Walaupun isteri boleh jagakan, tapi saya takkan buka kerana tak mahu peminat hampa apabila saya tiada di situ,” katanya kepada Harian Metro.

Sumber: Harian Metro

Atiqah Johari