Featured By: Arfah January 3, 2022 @ 12:20pm

Tular Video Lelaki Buat Tarian Pelik Dalam Bas, Netizen Minta Jangan Jadikan Bahan Gurauan

Baru-baru ini, tular sebuah video mengenai seorang lelaki yang membuat tarian pelik di dalam sebuah bas ekspres di perhentian R&R Simpang Pulai, Perak.

Video yang dimuat naik di laman Facebook Penang Kini itu dirakamkan oleh pemandu bas ekspres terbabit yang meminta penumpang lain untuk turun dari bas sementara dia melihat lelaki tersebut.

“Kena dekat Gua Tempurung tadi, masa sangkut dekat kesesakan lalu lintas,” kata pemandu bas itu.

Difahamkan bas ekspres itu dalam perjalanan dari Kuala Lumpur menuju ke Pulau Pinang.

“Mula menari dalam bas dari kilometer (KM) 317 arah ke utara. Alhamdulillah mangsa pulih selepas 15 minit bas berhenti di R&R Simpang Pulai,” jelas pemandu bas itu.

Video yang telah tular sejak semalam itu telah meraih lebih 296,000 tontonan dan 1,400 komen yang rata-rata netizen meluahkan pelbagai pendapat.

Ada yang mendakwa lelaki tersebut mengambil dadah dan ada juga yang meninggalkan komen berbaur gurauan.

Namun begitu, kebanyakan komen yang ditinggalkan menegah orang ramai bergurau dan membuat andaian sesuka hati dengan perkara sebegini.

“Anda tak kenal dia jangan cakap bukan-bukan. Dulu pun dia kena buatan orang. Tiada siapa minta. Yang kenal dia tahu lah. Jaga perkataan tu nak menulis. Anda semua tak berada di tempat dia. Cakap hisap dadah apa semua. Dekat situ dia ada dengan mak dia. Dia kurus pun dulu kena buatan orang dalam mencari rezeki. Tak tahu jangan buat andaian,” komen Ekin Jr. yang mengenali lelaki terbabit.

Ada juga yang mengatakan kawasan Gua Tempurung yang dilalui bas tersebut merupakan tempat yang mistik.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Wed, 13 Dec 2023
Hiburan Sat, 28 Apr 2018

“Filem Pulang, Buat Bulu Roma Saya Meremang”- Remy Ishak

Ketika ditemui pada majlis pelancaran novel tersebut baru-baru ini, Remy memberitahu bahawa, perjalanan cerita dalam filem Pulang ada kena mengena dengan diri beliau sendiri

Events Fri, 11 Mar 2022
Featured Wed, 24 Feb 2021

2.54 Juta Rakyat Terima Bayaran Fasa Pertama BPR Mulai Hari Ini

Alhamdulillah buat mereka yang dapat BPR!

Trending Mon, 18 Feb 2019
Featured Wed, 14 Jun 2023
Hiburan Wed, 12 Apr 2023
#BabyXTRA Fri, 2 Jun 2023

#BabyXTRA: Suka Berpantang Cara Tradisional Melayu, Maryam YouNarae Belajar Urus Anak Dari Youtube!

Orang Korea pun suka berpantang cara tradisional Melayu tauuu 🙈 Cenggini lahhh Maryam 👍🏻😊