Featured By: Nurul Hana June 14, 2023 @ 12:03pm

“Picnic Gone Wrong” – Niat Piknik Tepi Pantai Terbantut Selepas Dikejar Monyet… Netizen Terhibur!

Tular video di laman sosial yang memaparkan beberapa orang gadis diserang monyet ketika sedang berpiknik sambil menikmati pemandangan cantik di tepi pantai.

Menerusi perkongsian di TikTok, tiga gadis itu sedang berpiknik di tepi pantai sambil merakamkan momen indah mereka sambil membuka beberapa bekal makanan yang dibawa.

Bagaimanapun, semuanya terhenti sebaik sahaja selepas mereka selesai membacakan doa apabila kedatangan seekor monyet membuat mereka semua bangun dan melarikan diri.

Apa yang menarik perhatian, video tersebut merakamkan insiden tiga gadis tersebut dikejar monyet sambil cuba untuk menyelamatkan makanan dan memegang periuk yang berisi juadah.

@shahieeera Dah kalau namanya monyet tu memang betul monyet punya perangai 😔🐒 #fyp #fypage #foryou #viral #fypシ #funny #foryoupage #meme #behindthescenes #trending #fypシ゚viral #viralvideo #funnyvideos #tiktok #like #follow #explore #xyzbca #tiktokmalaysia #mudahterhibur #himpunanbahanlawak #lawak ♬ original sound – عين – seketuiain

Lebih mencuit hati, mereka sempat bergelak ketawa bersama selepas cuba melarikan diri daripada beberapa ekor monyet dan ia mengundang tawa dalam kalangan warganet.

“Wei part die lari bertiga tu kelakar teruk. Apa pun selamatkan periuk mak aku dulu. Yang pergi lari berlari tu lawak betul rasa.

“Lari bawa periuk tu lawak. Nasib baik dia tak ambil phone,” tulis netizen.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Tue, 11 Dec 2018

Tak Mahu Dikata Lembik, Wan Sharmila Idam Watak Aksi Untuk 2019

Maksud saya bukanlah lasak macam dalam filem Paskal. Saya teringin melakonkan watak lasak tanpa menggunakan bantuan stunt man.

Trending Sun, 14 Jan 2018

Tolonglah Berhenti Buat Kerja Tak Elok Ini !!

Betul ke Osman Ali kecewa dengan kes ‘curi rakam’ dan siaran langsung menerusi media sosial ?

Featured Mon, 22 May 2023
Featured Fri, 17 Mar 2023