Trending By: tex_admin February 26, 2019 @ 12:18pm

Misteri Istana Woodneuk terungkai, bernilai RM14 bilion, tetapi dibiarkan usang

Sejak kebelakangan ini, nama Istana Woodneuk yang terletak di Singapura hangat diperkatakan.

Meskipun kelihatan agak using, istana berkeluasan 210,875 meter persegi itu mempunyai seni bina dan ukiran indah yang menghiasi setiap sudut bangunannya.

Istana berkenaan dikatakan menjadi inspirasi kepada penulis novel Crazy Rich Asians, Kevin Kwan bagi menggambarkan kediaman keluarga Young, watak dalam filem terbabit yang mencipta fenomena di seluruh dunia.

Istana Woodneuk dikatakan milik Tunku Mahkota Johor (TMJ), Tunku Ismail Sultan Ibrahim dan bernilai $3.5 billion (RM14 bilion).

Foto: State of Buildings

Menariknya, istana itu pernah dimiliki oleh Captain John Dill Ross pada akhir kurun ke-19. Pada 1860, istana terbabit yang pada waktu itu dikenali sebagai Woodneuk House, telah dijual kepada Sultan Abu Bakar Ibn Al-Marhum Raja Temenggung Tun Daeng Ibrahim.

Selepas pembelian itu, baginda menukar nama rumah agam itu kepada Istana Woodneuk.

Bloomberg melaporkan, kerajaan Singapura membeli sebahagian daripada tanah Istanan Woodneuk dengan harga RM73.5 juta pada tahun 1990 dan sebahagian lagi (98,000 meter persegi) pada tahun 2009 tanpa mendedahkan jumlahnya.

Walaupun harga tanah di kawasan itu melonjak sehingga berbilion ringgit di pasaran, TMJ masih tidak boleh menjual tanah berkenaan kerana telah dirizabkan untuk kegunaan kawasan hijau. Ini bermakna tanah berkenaan dipelihara oleh kerajaan dan tidak boleh digunakan secara komersial.

Foto: SingaporeGO!

Ketika ini, dikatakan tiada penjaga untuk membersihkan dan mengawal selia istana itu, maka ia diabaikan dan akhirnya ia menjadi sarang penagih dadah, malah penduduk tempatan menganggap kawasan ini berhantu!

Selain itu, tiada pintu masuk yang khusus untuk membolehkan orang ramai meneroka istana ini. Namun begitu, anda boleh mengajak rakan-rakan dan ahli keluarga untuk melawat tempat ini apabila anda berkunjung ke Singapura.

Selamat berlibur!

 

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Tue, 22 Mar 2022

Didakwa Tiada Rasa Empati, Netizen Berang Dr. Sheikh Muszaphar Beri Tips Pujuk Isteri Tambah Anak

Ada segelintir netizen yang terkesan sehingga berkata Dr. Sheikh Muszaphar tidak pernah rasa sakit bersalin.. Apa kes ni?

Featured Wed, 22 Apr 2026

Azhar Sulaiman Respons Kes Selewang Dana Zakat Babitkan Wang RM230 Juta – “Geng Tak Amanah Ni Seperti Tupai, Pasti Jatuh Ke Tanah & Dilaknat Allah”

Azhar Sulaiman tampil berkongsi pandangan peribadinya berhubung kes penyelewengan dana zakat berjumlah RM230 juta

Hiburan Sun, 19 Sep 2021

“Dia Terima Seadanya Walaupun Saya Lebih Tua” – Jarak 7 Tahun Bukan Penghalang Cinta Zizi Kirana & Yusuf Bahrin

Penyanyi Zizi Kirana menyenangi sikap suaminya, pelakon Yusuf Bahrin yang sopan santun dan matang. Selamat dinikahkan di Masjid Usamah bin Zaid, Wangsa Maju pada jam 10.40 pagi tadi, jarak usia tujuh tahun juga tidak menghalang […]

Hiburan Wed, 28 Feb 2024
error: Content is protected !!