Categories: Trending

#PRU14 : Takziah Buat Petugas SPR

Petugas Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) meninggal dunia ketika bertugas sewaktu menjaga proses pengundian di Balai Raya Kampung Baru Sempalit, dekat Raub, hari ini.

Rozaliza Mohd Said, 49, bertugas sebagai kerani pengundian . Di saluran tiga di salah satu Pusat Daerah Mengundi (PDM) di situ ydisahkan meninggal dunia kira-kira jam 2.15 petang selepas terjatuh dalam bilik air.

Ketua Polis Daerah Raub, Superintendan Wan Mohd Zahari Wan Busu, berkata anak mangsa, Wardah Mohd Said, 23, yang turut bertugas sebagai kerani pengundian di PDM berkenaan memberitahu ibunya ada mengadu sakit perut kerana mengalami cirit birit.

“Ibunya masih tidak sedarkan diri lalu, dibawa ke Hospital Raub dengan ambulans yang tiba dan disahkan meninggal dunia dalam perjalanan. Ibunya tidak mengidap sebarang penyakit menurut anaknya. Mayat mangsa di bawa ke Hospital Raub untuk di bedah siasat” katanya.

Rozaliza yang berasal dari Lorong Sempam Baru 14, di Raub, adalah kerani di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Tengku Kudin.

Credit: Harian Metro

SGMS Enal