Konsert By: Atiqah Johari August 28, 2023 @ 2:50pm

Raikan 2 Dekad Album Malayneum, Butterfingers Bakal Cipta Magis Dalam ‘Konsert Malayneum 23’ Oktober Ini!

Selepas kejayaan Konsert Transcendence 20 Tahun di Stadium Malawati, Shah Alam pada tahun 2019, kali ini Butterfingers ingin membawa pengikut-pengikut kultus mengimbau nostalgia kegemilangan muzik mereka dalam era album ke-4 Malayneum menerusi Konsert Malayneum 23 di Stadium Malawati, Shah Alam pada 7 Oktober ini.

Antara teraju utama Butterfingers, LoQue berkata, idea ini sudah lama tersimpan sebaik selepas kejayaan Konsert Transcendence 20 namun terbantut akibat pandemic.

Katanya lagi tujuan utama Konsert Malayneum 23 ini diadakan adalah kerana Butterfingers pada tahun 2001 ketika itu sedang ligat menghasilkan album demi album sejak album pertama iaitu 1.2 Miligrams. Ketika album ke-3 Butterfingers Transcendence belum selesai mendapat menempa nama tanpa melengahkan masa Butterfingers terus telah mengeluarkan album ke-4 iaitu Malayneum.

“Dari perspektif syarikat rakaman, album ini telah dikira sebagai ‘bunuh diri secara komersial’ kerana kami telah pusing 180 darjah bunyi-bunyian kami untuk lari dari bunyi-bunyian album Transcendence. Oleh kerana album Malayneum dilihat sebagai janggal dan aneh dari albu sebelumnya, juga atas beberapa faktor lain yang tak dapat dielakkan, maka kami tidak sempat untuk meraikan album ini secara sepenuhnya ketika itu. ‘Tour’ Malayneum tidak dapat diraikan sepenuhnya maka telah dipendekkan.

“Oleh itu, album ini dianggao ‘setengah masak’ kerana kami tidak dapat bermain ‘live’ lagu-lagu dari Malayneum secara menyeluruh. Jadi, Konsert Malayneum 23 ini bakal menyaksikan lagu-lagu dari album Malayneum antaranya, akan dimainkan dalam perspektif yang berbeza di era yang berbeza untuk semua yang hadir,” kata LoQue.

Walaupun konsert kali ini meraikan album Malayneum namun Butterfingers juga akan menyajikan lagu-lagu dari era awal mereka.

“Walaupun konsert ini untuk meraikan 2 dekad album Malayneum, namun demi tidak mengecewakan pengikut kultus kami, kami akan menyajikan lagu-lagu ‘kek lapis’ dari era awal Butterfingers iaitu lagu-lagu kegemaran ramai dalam repertoire kami,” ujar LoQue lagi.

Konsert Malayneum 23 Butterfingers akan diadakan pada 7 Oktober 2023 di Stadium Malawati, Shah Alam.

Tiket konsert sudah mula dijual bagi zon tempat duduk harga bermula RM99 (Ginseng), RM135 (Suddenly), RM199 (Pacific) dan RM249 (Mating Season).

Untuk zon berdiri pula harga tiket dijual pada harga RM169 (Malayneum) sahaja.

Serta tambahan tempat duduk utama dengan harga bermula RM499 (Malayneum Deluxe) untuk pembeli bergambar bersama (meet & greet) dan memiliki barangan rasmi (official merchandise).

Segala urusan pembelian tiket adalah menerusi www.ticket2u.com.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Trending Mon, 24 Aug 2020

Selepas Hagia Sophia, Bekas Gereja Ini Pula Ditukar Menjadi Masjid

Semoga akan ada lagi lebih banyak berita gembira selepas ini

Hiburan Fri, 12 May 2023

Floor 88 Bakal Buat Persembahan Maksimum Bersama Wali Band

Tak sabarnyaa konsert Floor 88 dan Wali Band!!

Hiburan Mon, 24 Jul 2023
Trending Fri, 10 Jul 2020
Featured Mon, 29 May 2023

Netizen Luah Rasa Kurang Senang Bila Fasha Sandha Kongsi Foto Bersama Kazar

Alamakkkk! Ramai pula yang suruh Fasha delete gambar dengan Kazar 😅

Konsert Mon, 5 Feb 2024

Sajikan Dengan Pelbagai Kejutan, Konsert Lovechestra Mahalini Live in KL Buat Penonton Terpukau!

Memang best betul konsert Mahalini pada Sabtu lepas! Min masih tak boleh move on lagi!

Trending Wed, 13 May 2020

Malaysia Tidak Lupa Salur Bantuan Covid-19 Buat Palestin

Semoga anak-anak kecil dan saudara kita disana dilindungi selalu.

Featured Wed, 8 Apr 2020