Kes Mahkamah By: Khairil Khusyairi September 8, 2023 @ 1:10pm

Bebas Kes Rasuah, Bung Moktar & Zizie Izette Menangis, Berpelukan

Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada Rabu melepas dan membebaskan Ahli Parlimen Kinabatangan Datuk Seri Bung Moktar Radin dan isteri yang juga pelakon Datin Seri Zizie Izette Abdul Samad daripada tiga pertuduhan menerima rasuah berjumlah RM2.8 juta, lapan tahun lalu.

Menurut laporan Harian Metro, Hakim Mahkamah Tinggi, Datuk Azhar Abdul Hamid dalam keputusannya berkata, mahkamah membuat dapatan itu selepas pemeriksaan dan penelitian terhadap rekod prosiding.

Dua saksi pendakwaan berkenaan adalah ejen Public Mutual iaitu Norhaili Ahmad Mokhtar dan Madhi Abdul Hamid.

Azhar berkata, sehubungan itu ia adalah kes yang betul dan wajar bagi mahkamah melaksanakan kuasa semakan mengikut Seksyen 323 Kanun Prosedur Jenayah.

“Dengan itu, keputusan Mahkamah Sesyen yang memerintahkan kedua-dua pemohon untuk membela diri (pada 2 September tahun lalu) adalah salah laksana keadilan.

“Saya dengan ini mengguna pakai Seksyen 325 Kanun Prosedur Jenayah bagi melepas dan membebaskan kedua-dua pemohon,” katanya.

Azhar berkata demikian selepas membenarkan permohonan Bung Moktar dan Zizie Izette untuk menyemak keputusan Hakim Rozina Ayob yang memerintahkan mereka membela diri selepas mendapati pendakwaan berjaya membuktikan kes prima facie.

Sebaik mendengar keputusan itu, Bung Moktar dan Zizie Izette yang berada dalam kandang tertuduh, kelihatan menangis dan berpelukan.

Sebelum ini, Bung Moktar, 65, dan Zizie Izette, 45, merayu terhadap keputusan Azhar pada 9 Disember tahun lalu yang menolak permohonan pasangan itu untuk menyemak keputusan Mahkamah Sesyen yang memerintahkan mereka membela diri atas tiga pertuduhan rasuah.

Terdahulu, Pada 2 September 2022, Rozina memerintahkan pasangan itu membela diri atas tiga pertuduhan rasuah selepas mendapati pihak pendakwaan berjaya membuktikan kes prima facie terhadap mereka.

Pada 3 Mei 2019, Bung Moktar didakwa atas dua pertuduhan menerima rasuah berjumlah RM2.2 juta dan RM262,500 sebagai dorongan mendapatkan kelulusan Felcra untuk membuat pelaburan RM150 juta dalam unit amanah Public Mutual.

Bung Moktar dituduh menerima rasuah daripada ejen Public Mutual, Madhi Abdul Hamid, menerusi Zizie Izette di Public Bank Cawangan Taman Melawati di sini antara 12.30 tengah hari dan 5 petang 12 Jun 2015.

Beliau juga didakwa menerima suapan wang tunai RM337,500 daripada perunding Unit Amanah, Norhaili Ahmad Mokhtar di bawah nama Zizie Izette atas sebab sama dan di tempat sama pada 19 Jun 2015 manakala Zizie Izette berdepan tiga pertuduhan bersubahat dengan suaminya berhubung perkara itu di tempat, tarikh dan masa yang sama.

Sumber: Harian Metro

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Tue, 31 Dec 2019
Featured Fri, 2 Sep 2022

[VIDEO] Selepas Susah Payah Tukar Kad Baru Dalam Keadaan Lumpuh, Wanita Terkilan Akaun Ibu Kena Block Tanpa Sebab

Allahhh 😢😢 Sedihnyaa 😩😢 Semoga Allah permudah segala urusan wanita ini dan ibunya yang bedridden 💔

Hiburan Sat, 19 Feb 2022
Anugerah Mon, 13 Mar 2023
Featured Fri, 11 Nov 2022

Sharifah Sakinah Berjubah & Bertutup Litup, Sharifah Shahirah Sempat Buat Lawak – “Aku Rasa Baik Tutup Semualah, Buruk Benar”

Terkenal dengan karakter yang ‘gila-gila’ dan penampilan yang seksi, pelakon Sharifah Sakinah sering dikecam oleh netizen di media sosial. @shieraijoy jangan cakap kami tak ajar adik ye..kami ajar pelan pelan… kami pun sama merangkak #cubajadibaik […]

Hiburan Tue, 16 Aug 2022

Lagu Baru Diterima Peminat, Irfan Haris Mahu Ceburi Bidang Lakonan Pula

Nama Irfan Haris pernah menjadi sebutan menerusi lagu hitsnya berjudul Redha. Memiliki vokal tinggi dan meminati genre ‘balada’ membuatkan Irfan selesa dengan karya-karya yang disifatkan ‘sendu. Penyanyi berusia 21 tahun itu kini mempunyai naskhah baharu […]

Cahaya Mata Wed, 7 Dec 2022

Ziarah Ayah Kepada Mangsa Dibaham Buaya, Ebit Lew Bergegas Dari Jakarta Ke Sabah

Pendakwah bebas Ebit Lew mengambil kesempatan untuk menziarahi bapa kepada mangsa yang meninggal dunia akibat dibaham buaya di Lahad Datu, Sabah.   View this post on Instagram   A post shared by Ebit Lew (@ebitlew) […]