“Kaki Kiri Saya Bermasalah, Sampai Sekarang…”- Ustaz Kazim Kongsi Siti Nurhaliza Antara Individu Yang Sudi Beri Bantuan Wheelchair

Pendakwah selebriti terkemuka, Datuk Mohd Kazim Elias, 49, mendedahkan penyanyi nombor satu negara adalah antara individu yang sudi memberikan bantuan berupa kerusi roda kepadanya.

Menurut Kazim menerusi perkongsian ceramahnya di laman Youtube, selepas sahaja menjalani pembedahan sekitar hujung tahun lalu, dia tidak dapat berjalan bahkan kaki kiri pula menghadapi masalah.

ARTIKEL BERKAITAN: “Apabila Dibelah, Kaki Saya Tidak Ada Langsung Darah & Nanah,” – 6 Doktor Pakar Masih Gagal Kesan Penyakit Misteri Ustaz Kazim Elias

Namun, tidak pernah merungut dengan dugaan yang diberikan oleh Allah, beliau percaya setiap apa yang berlaku pasti ada hikmah disebaliknya.

“Bila doktor operate kaki saya baru-baru ini, saya tak boleh jalan.

“Bukan itu sahaja, kaki kiri saya pula bermasalah sampai sekarang. Kalau dapat tengok belah kaki ni saiz dia lebih kecil,” katanya.

Sementara itu, Kazim juga mendedahkan antara individu yang bertanggungjawab dalam memberikan bantuan berupa kerusi roda adalah penyanyi nombor satu negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza dan pendakwah tersohor, Ustaz Ebit Lew.

” Saya dapat tiga kerusi roda, satu basikal elektrik. Siti Nurhaliza kasi satu, Ebit Lew kasi satu.

“Senang saya nak berjalan. Tak payah naik basikal. Jarak dia saya boleh pakai, sekali charge daripada Ipoh sampai Kuala Kangsar.

“Kalau saya tak sakit, saya tak dapat wheelchair tu. Siti Nurhaliza Mai hantar. Ada kat rumah buat kenang-kenangan,” jelasnya.

Terdahulu, Kazim pernah berkongsi keadaan kakinya yang membengkak sehingga bernanah serta beberapa lagi sakit misteri yang dialaminya sekitar tahun lalu.

 

ARTIKEL BERKAITAN:“Mungkin Orang Tak Kasi Keluar TV Atau Media Sosial…” – Ustaz Kazim Elias Akui Alami Kepedihan Muka Yang Teruk

ARTIKEL BERKAITAN:“Kaki & Perut Membengkak, Keluar Jarum Berkarat” – Ustaz Kazim Elias Dedah Alami Ujian Ketika….

ARTIKEL BERKAITAN:“Kau Hado? Kau Hado? Tunjuk Kaya… Kecil Hati Orang”- Ustaz Kazim Elias Komen Isu Jutawan Tunjuk Kemewahan di Media Sosial

Salma Syahbuddin