Karnival Jom Heboh dan Grand Bazaar Ramadan Anjuran TV3 Dan BUR

Karnival Jom Heboh yang merupakan karnival tahunan dianjurkan oleh TV3 akan lebih dimeriahkan lagi dengan  kedatangan penganjur baru iaitu Build Up Resources Sdn Bhd (BUR). Kerjasama yang termeterai antara kedua-dua belah pihak ini turut menganjurkan Grand Bazaar Raya 2019 (GBRR).

Kerjasama ini telah termeterai dalam bentuk memorandum persefahaman (MoU) yang disempurnakan oleh Ketua Pegawai Eksekutif MPTN, Johan Ishak dan Pengerusi BUR, Datuk Mohd Azizan Che Omar, serta disaksikan oleh Menteri Pembangunan Usahawan Datuk Seri Mohd Redzuan Md Yusof.

KJH akan diadakan selama dua hari bermula 27&28 April bertempat di Bulatan Stadium Bazarena, Shah Alam. Selain itu, Grand Bazaar Raya Ramadan 2019 mensasarkan catatan The Malaysia Book of Records sebagai bazar terbesar. GBRR akan bermula di stadium Shah Alam sepanjang bulan Ramadan bermula 4 Mei sehingga 2 Jun. Manakala di Stadium Bukit Jalil bermula 16 Mei sehingga 4 Jun.

BUR akan menyediakan 436 unit booth di Bukit Jalil manakala 134 unit booth di Shah Alam. Kerjasama antara BUR ini dilihat sebagai satu platform komuniti untuk usahawan terutama buat Perbadanan Perusahaan Kecil dan Sederhana (SME) di Selangor dan Kuala Lumpur. 

Antara tarikan lain bazar Ramadan ini termasuklah program amal seperti ‘Acara Solat Berjemaah with Tahfiz’ dan ‘ Majlis Berbuka Puasa bersama anak-anak yatim. Pelbagai abrangan seperti pakaian, aksesori, produk kesihatan, barangan elektrik serta turut dijual.

Tempahan booth dibuka .Bagi sesiapa yang berminat anda boleh menghubungi MPTN di talian 03-77266333 atau melayari laman web di www.mediaprima.com.my.

 

 

Attiqah Mohd

""Above all, she is the girl who 'feels' things, who has hung on to the freshness and pain of adolescence, the girl ever wounded, ever young.”